Latest News

Nik Aziz Mahu Menjadi Wakil Rakyat Sehingga Dihujung Nyawa

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke ‘hujung nyawa’.

“Selagi saya bernafas saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam,” katanya kepada media semalam menjawab pelbagai desakan termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur.

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Nik Aziz terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.

“Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua, tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam,” katanya.

Bulan lalu, Nik Aziz juga menyatakan beliau akan berundur sekiranya parti tidak memerlukan beliau lagi, manakala PRU13 pula Pas Pusat telah membuat keputusan wajib bertanding.

Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.

Untuk rekod pada PRU12 keputusan menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar di Dun Chempaka.

Pada tahun 2008 Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.

Selain itu, sebagaimana kenyataan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Nik Abdul Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang.

1 Response to "Nik Aziz Mahu Menjadi Wakil Rakyat Sehingga Dihujung Nyawa"

minyakpanas said...

Dulu kutuk TUN M jadi PM 22 tahun. Macam mcam kutuk TUN M, nyanyuk la, tapak lah, gila pangkat dan macam maacam lg1. Sekarang kena batang PELIR sendiri pandai pulak cakap" ambo akan terus bertanding walaupun naik kereta sorong! Masa pengsan hari tu patut letak dalam kereta sorong......

Blog Archive