Latest News

Mat Taib akan lemas sendiri: Hassan Ali

Berita mengenai hijrah Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor untuk menjadi ahli PAS telah lama tersebar. Setengah pihak meragui kesahihah berita itu sementara setengah pihak yang lain mempunyai keyakinan yang agak tinggi tentang langkah penghijrahan itu.

Hari ini terjawablah spekulasi dan andaian-andaian mengenai hasrat Tan Sri Muhammad Taib untuk menyertai PAS. Mungkin ada pihak yang sehingga ini gagal mendapat jawapan untuk memuaskan rasa ingin tahu terhadap tindakan yang Tan Sri telah ambil terutama berkaitan dengan “timing” tindakan itu dilakukan.

Bagi saya keputusan untuk menyertai mana-mana parti dalam sistem yang kita sama-sama praktikkan adalah hak mutlak individu. Saya hormati apa juga keputusan yang dibuat kerana sebagai seorang ahli politik veteran yang telah melalui segala duri dan onak politik sudah tentu mengambil keputusan sedemikian setelah mengambil pertimbangan dan memikirkan semasak-masaknya implikasi keputusan yang di ambil. Apalagi keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Muhammad Taib itu dibuat dihujung karier politik dan dihujung usia. Seperti yang dibayangkan saya adalah di antara mereka yang belum mendapat jawapan pasti tentang “timing” yang dipilih. Adakah tinggal berbaki 13 hari sebelum rakyat Malaysia pergi ke pusat-pusat mengundi dan memangkah kertas undi mengikut pilihan dan keyakinan masing-masing itu sesuai dengan ketika dan suasana yang saya fikir Tan Sri Muhammad Taib sangat-sangat arif mengenai kedudukan perkara ini. Bagi saya keputusan yang dibuat tidak akan menguntungkan PAS dan tidak juga merugikan Umno. Yang rugi ialah umat Melayu Islam kerana manusia hebat seperti Tan Sri yang boleh melakukan sesuatu yang hebat untuk agama dan bangsa melontarkan kehebatan yang mungkin tidak kena pada tempat dan masanya.

Menyertai PAS di ambang mengundi seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mat Taib antara lain disebabkan oleh ketidakyakinan Tan Sri terhadap Umno untuk membawa roh Islam bagi saya mungkin sukar difahami. Tan Sri Mat Taib orang gagah dan salah seorang yang sering berada di hadapan menghulur keris atas nama Islam dan Melayu. Tan Sri pernah menjawat jawatan Menteri Besar, Menteri dan dalam Umno sebagai Naib Presiden dan Ketua Penerangan. Persoalan yang timbul dengan kedudukan dan kuasa yang ada mengapa tidak ditiupkan roh Islam seperti yang dikehendaki di zaman Tan Sri berada dipuncak kuasa.

Berpijak pengalaman saya bersama-sama membantu mentadbir negeri Selangor dan berasosiasi dengan barisan tertinggi parti, PAS, PKR dan DAP, saya bimbang Tan Sri yang satu masa dahulu saya mengkagumi kewibawaannya akan berdepan dengan situasi yang lebih menekan dan akan menjadikan Tan Sri sentiasa tertekan. Parti PAS yang Tan Sri sertai hari ini bukan parti PAS di zaman AlMarhum Dato Fadhil Nor dan zaman-zaman sebelumnya. Zaman kegemilangan PAS dalamana jihad menjadi senjata utama yang menyebabkan parti Islam itu jatuh tetapi tidak rebah, tenggelam tetapi tidak lemas adalah disebabkan oleh prinsip perjuangan yang dipertahankan dengan harta benda, air mata hatta nyawa dikandung badan.

Secara jujur saya suka melihat kalau Tan Sri Muhammad Taib boleh menggunakan seluruh keupayaan, kebolehan dan kemampuan didokong oleh ilmu, kemahiran dan pengalaman untuk meniupkan semangat roh Islam dalam sistem bernegara di Malaysia bumi tercinta ini. Saya masih beranggapan Tan Sri Muhammad Taib saling diperlu dan memerlukan di dalam Umno. Di bawah kepimpinan yang ada sekarang saya merasakan ruang meniup roh Islam terbentang luas di dalam Umno jika dibandingkan di dalam PAS. PAS yang dikuasai oleh golongan Anwarinas atau parasit tidak akan membantu Tan Sri untuk membolehkan Tan Sri merealisasikan hasrat murni Tan Sri itu kerana agenda mereka kini bukan lagi untuk menghidupkan roh Islam tetapi sebaliknya mereka tunduk dengan perintah nakhoda Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim dan jurumudi-jurumudinya Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Tan Sri Muhammad Taib mungkin sudah mendengar atau membaca atau diberi kefahaman mengenai negara sekular DAP dan aliran liberalisme barat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Aliran ini yang mendapat restu daripada DAP kini menjadikan pluralisme agama, Islam liberal, LGBT dan lain-lain jalur kehidupan yang begitu asing kepada Islam dan masyarakat timur seperti kita di Malaysia. Saya meramalkan Tan Sri akan lemas dan hilang daya tahan serta dayajuang yang sememangnya menjadi darah daging Tan Sri bila berdepan dengan pemuka-pemuka fahaman liberalisme barat yang menjadi golongan majoriti dalam Pakatan Rakyat. Seperti yang Tan Sri maklum fahaman-fahaman yang begitu asing kepada masyarakat kita yang cuba dibawa diketengahkan tidak mendapat tentangan daripada PAS walaupun terdapat ahli ilmuan dan agamawan yang berwibawa menghukumkan sebahagian daripada fahaman itu sebagai syirik dan merosakkan aqidah.

PAS sekarang bukanlah PAS seperti dahulu yang telah berjaya menambat hati saya untuk menyertainya hampir 15 tahun yang lalu. PAS sekarang adalah PAS yang sedang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pengkalan asalnya. PAS sekarang sanggup mengikut apa sahaja kehendak rakan-rakan Pakatan Rakyat hatta “menjualkan” kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut-penganut bukan Islam.

Dengan rendah diri saya hanya dapat mendoakan supaya percikan-percikan hidayah yang telah menembusi hati Tan Sri terus dibaja dan disuburkan. Bagi saya proses pembajaan dan penyuburan itu sukar dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang PAS merupakan salah satu parti komponennya. Sebaliknya dengan pimpinan Umno yang ada sekarang yang telah menunjukkan tanda-tanda membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk membawa Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara mungkin boleh dilihat sebagai opsyen yang lebih munasabah bagi Tan Sri untuk menghabiskan sisa-sia usia berjihad untuk terus mengahungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ialah presiden JATI

5 Responses to "Mat Taib akan lemas sendiri: Hassan Ali"

Unknown said...

Tan sri mat taib sdh tersesat PRU nampaknya. PAS pada PRu kali ini memperjuangkan negara kebajikn dn buku jingga bukan islam n al quran. Tapi tak apa tan sri, haji adi akan bg tan sri BB supaya tan sri up-to-date dgn berita semasa menerusi malaysiakini. Takbir

shuanna anaid said...

mat taib ni ibarat perempuan menopos sapa pun dah tak mau dia...jaga cucu lg baik

BN BangaNg said...

DEY HASSAN LU CAKAP MCM BUKAN PENIPU DAA.. BAGUS SSNGAT..TAHNIAH KERANA MENIPU PENGUNDI..LU X DAK LEMAS KOT.

ayah said...

Maka dengan ini bersihla Mat Tyson dari segala dosa yang dilakukan dulu misalnya makan rasuah sehingga terpaksa penghuni Seksyen 16 PETALING Jaya meninggalkan rumah masing2 kerana terbinanya Eastin Hotel dsb., dosa zina dengan anak raja dan lain2 dosa besar terhadap agama , bangsa dan negara.

PAS, melalui Nik Aziz, akan mengampunkannya dan menjaminkan syurga kepadanya, benda yang UMNO tak boleh buat. Maka tak akan lemas lah dia?

Mohamad Aizam said...

Klu dulu sy suka Datuk Dr Hasan Ali...skrg umpama belut yg menyorok didlm lubang...kerne takut ugutan BN...PAS tetap PAS...Masih berani dan ditakuti BN...syabas mat taib...berubah kearah kebaekan..takbir

Blog Archive