Tuesday, April 23, 2013

Lajim Ukin Terima Tamparan Hebat- Adik Sendiri Bersama 200 ahli PKR Menyertai BN

BEAUFORT 23 April - Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Abdul Jarih Ukin hari ini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Abdul Jurih merupakan adik kepada penyandang kerusi Parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Beaufort menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Yayasan Sabah Bersama Rakyat di padang Pekan Kuala Penyu di sini hari ini

Sementara itu, di Kuala Penyu: Perdana Menteri mahu rakyat Sabah menjadikan 5 Mei ini sebagai hari bersejarah menghukum pakatan pembangkang yang menuduh pencerobohan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara. 

Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu mempertahankan kedaulatan negara, khususnya Sabah. 

"Soal kedaulatan negara tidak seharusnya dipolitikkan oleh pembangkang," katanya ketika berucap pada program Yayasan Sabah bersama rakyat, di sini sebentar tadi. 

No comments:

Blog Archive