Sunday, April 14, 2013

DUN Karamunting Sandakan: Sememangnya Dikembalikan kepada LDP: VKLiew

SANDAKAN: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ia sekali gus membolehkan mereka mendapatkan semula kerusi itu, yang sebelum ini penyandangnya Datuk Pang En Yin, bertindak keluar daripada LDP dan menyertai parti Gerakan.

Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong berkata sememangnya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah membuat keputusan bahawa DUN Karamunting dikembalikan kepada parti itu pada PRU13.

Sehubungan itu, katanya seorang calon baharu akan diletakkan di DUN tersebut yang menepati kehendak pucuk pimpinan BN mahukan calon yang mampu menang.

"Sama-sama kita tunggu apabila Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nama calon dijangka esok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Notebook 1Malaysia kepada 61 murid cemerlang peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah daripada 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, LDP ketika itu diwakili Naib Presidennya Datuk Pang En Yin memenangi kerusi Karamunting.

Bagaimanapun pada Ogos 2010, Pang mengumumkan keputusannya untuk keluar LDP kerana tidak setuju dengan pendirian parti itu bahawa ia tidak dapat bekerjasama dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Pang kemudian menyertai Parti Gerakan.

Liew juga mengesahkan parti itu akan mendapat sebuah kerusi baharu di kawasan pantai barat Sabah dan akan meletakkan seorang muka baharu.

Beliau tidak menyatakan kedudukan kerusi tersebut dan menyerahkan pucuk pimpinan BN untuk membuat pengumuman.

Menurutnya LDP akan mempertahankan semua kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu di Sabah sebelum ini iaitu Parlimen Sandakan yang diwakili beliau sendiri dan tiga DUN iaitu Tanjung Kapor (Kudat), Merotai (Tawau) dan Karamunting (Batu Sapi).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkeyakinan tinggi mampu memenangi semula semua kerusi tersebut dan kerusi baharu yang akan diwakili parti itu

No comments:

Blog Archive