Wednesday, April 10, 2013

400 Pengganas Sulu menyusup ke Sabah?

Tentera RSF di Simunul Tawi-Tawi
Satu laporan daripada Rappler.com daripada Manila memetik anak Jamalul Kiram III Jacel Kiram mendakwa seramai 400 sukarelawan bersenjata sulu berjaya menyusup masuk ke Sabah pada 20 Mac dan 5 April. Pada 8 April pagi, pasukan keselamatan berjaya memintas 32 pengganas bersenjata berhampiran Pulau Tambisan Sandakan. Lelaki bersenjata itu menaiki sebuah kumpit.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengsahkan dakwaan Jacel tersebut.

Kerajaan telah mengaktifkan sepenuhnya Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada 1 April yang meliputi 1400 km pesisir pantai Pantai Timur Sabah, daripada Kudat hingga ke Tawau.

Pada 12 Februari lalu, lebih 200 pengganas sulu telah menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu.

Sehingga kini 70 pengganas sulu beraya dibunuh dan 135 telah ditangkap.

1 comment:

Unknown said...

Dulu jacel dan Idjirani cakap 10,000 tentera RSF sedang dalam perjalanan keSabah. 1,500 sudah mendarat dilokasi yang tidak diketahui oleh pasukan keselamatan Malaysia sementara 2,500 orang lagi sudah berada diSabah siap untuk berperang. Sekarang dia cakap 400 orang. Yang ditangkap 3 hari lepas 32 orang rata rata berumur 60 th dengan sepucuk senjata M16 dan dua pistol.

Blog Archive