Saturday, March 09, 2013

Zamboanga City: Rakyat Filipina Yang Mudik Menabur Fitnah

RAKYAT Filipina yang pulang ke Bongao Tawi-Tawi kini menabur fitnah di negara itu, kononya pasukan keselamatan tidak berperi kemanusian, sehingga tidak membezakan antara pengikut Jamalul Kiram dengan yang lain. Salah seorang rakyat Filipina yang mengungsi Amira Taradji mendakwa, salah seorang abangnya mati ditembak di Sandakan. Dakwaan ini merupakan satu penipuan dan fitnah, kerana operasi Daulat hanya di Lahad Datu, itupun hanya berlaku di sekitar Kg Tanduo, kampung berdekatan dengan kampung itu iaitu Tanjung Labian dan Tanjung Batu.

Setakat ini, hanya berlaku tembak menembak di Kg Sri Jaya Simunul Semporna dan Kg Tanduo, dan tiada berlakunya tembak menembak di kawasan lain.

Jelas dakwaan rakyat Filipina yang mudik kerana mengelak krisis di Lahad Datu, satu pembohongan dan fitnah untuk memburukkan imej pasukan keselamatan negara.

Mana ada negara, yang diceroboh selama 23 hari, kemudian memberi peluang kepada penceroboh untuk pulang secara aman, namun bukan sahaja mereka enggan, akan tetapi menyerang pasukan keselamatan terlebih dahulu, menyerang hendap pasukan keselamatan, sehingga mengorbanan dua dan enam nyawa perwira negara.

Pasukan keselamatan tiada pilihan lain, selain membersihkan kawasan Pantai Timur Sabah daripada pengganas pengikut Jamalul Kiram.

No comments:

Blog Archive