Thursday, March 07, 2013

Usaha Kiram Gagal: Kini berdepan undang2 Filipina dan Malaysia

Berdepan undang2 Filipina dan Malaysia
JAMALUL kIRAM III yang menghasut pengikutnya meneceroboh Lahad Datu bulan lalu, kini bukan sahaja gagal dalam usahanya, akan tetapi berdepan tindakan undang negaranya Filipina, dan kemungkinan diekstradisi ke Malaysia untuk berdepan undang-undang Malaysia.

Jamalul kiram III yang mengaku waris kesultanan Sulu, walaupun bukan perwaris tahta secara langsung, menceroboh Sabah dan menuntut Sabah.

Kerajaan Malaysia dan Filipina pada awalnya memberi kelonggaran kepada Jamalul kiram, jika penceroboh keluar daripada Sabah dengan aman, maka tiada tindakan undang-undang akan dikenakan, malah kerajaan Filipina menghantar kapal kemanusian untuk membawa peneceroboh pulang dengan aman. 

Kerajaan Malaysia juga telah memberi ruang dan peluang selama 23 hari, agar penceroboh meninggalkan bumi Sabah dengan aman. Namun peluang itu tidak digunakan, malah Kiram dengan angkuh menyatakan akan terus berada di Sabah hidup atau mati.

Berikutan kematian yang ramai daripada pengikutnya termasuk seorang General, mungkin Agbimuddin adiknya, yang kini mencecah 52 orang, Kiram mengumumkan gencatan senjata sepihak pada 12.30 petang tadi, namun permintaan itu ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Kini, Kiram tiada pilihan lagi, berdepan dengan undang-undang, kerana pertuduhan menyebabkan rakyat negara ini terbunuh dan juga tindakan yang sama menyebabkan rakyat negaranya terbunuh.

Benarlah, sangkaan awal, Kiram mengambil tindakan ini, LOSE OR WIN. Kini, LOSE DIPIHAKNYA.

No comments:

Blog Archive