Sunday, March 03, 2013

Kemaskini: Tembak Menembak di Kg Seri Jaya Simunul: Empat Orang Penduduk Tempatan dijadikan Tebusan

Sultan Sulu Dakwa Empat Rakyat Malaysia Ditawan

Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.

Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

LAPORAN AWAL JAM 5 PETANG Sejauhmana kebenaran bahawa empat penduduk kg Seri Jaya Simunul berjaya dijadikan tebusan oleh penceroboh, belum ada maklumat pengesahan daripada pihak berkuasa.

Semalam sekitar jam 7 petang berlaku serangan hendap terhadap pasukan keselamatan mengakibatkan lima anggota terkorban dan dua penceroboh maut.

Ekoran kejadian itu, penduduk Kg Simunul dikhabarkan panik dan ramai yang meninggalkan kampung itu untuk menyelamatkan diri di kawasan lain.

Akibat kejadian semalam perintah berkurung diperintahkan di Semporna, ekoran kejadian itu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunak, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.

Dalam sidang media yang sama Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.

Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.

Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.

“Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.

Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo.

No comments:

Blog Archive