Latest News

Situasi Pantai Timur Sabah: Dikhuatiri ada Tindakan Balas Dendam


OPERASI menawan semula Kg Tanduo yang bermula pada Selasa seawal 7 pagi waktu Malaysia yang disertai pasukan tentera dan polis berjaya sepenuhnya.

Penceroboh yang terdiri lebih 100 yang menduduki kg tersebut sejak malam 12 Februari, telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan, dua pada Jumaat di Kg Tanduo sendiri, dan enam di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna.

Pihak pasukan keselamatan negara telah memberi peluang dan ruang kepada penceroboh selama 23 hari untuk menyerah diri secara aman, namun mereka memilih mengsitihirkan perang dengan pasukan keselamatan negara.

Mereka mencabar pasukan keselamatan dengan menggunakan taktik kotor, sehingga mengorbankan wira-wira negara.

Pada hari ini, operasi bersepadu daripada angkatan bersenjata negara berjaya menumpaskan sepenuhnya pencerobohan itu, dan kini dalam operasi menjejaki jika ada lagi baki-baki penceroboh itu melalui operasi rumah ke rumah.

Pasukan keselamatan juga dalam keadaan siap siaga penuh, kerana dikhuatirkan ada tindakan balas dendam oleh rakan-rakan penceroboh itu.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Manlia terpaksa ditutup kerana berlakunya demonstrasi daripada rakyat Filipina berkaitan dengan operasi pembersihan penceroboh di Tanah Sabah.

Operasi hari ini dikatakan berjaya sepenuhnya, kerana tiada kemalangan jiwa berlaku di pihak pasukan keselamatan negara.

0 Response to "Situasi Pantai Timur Sabah: Dikhuatiri ada Tindakan Balas Dendam"

Blog Archive