Latest News

Perlukah Najib Bubar Parlimen?

PM Meninggalkan Istana Pagi Tadi
SEMUA rakyat tahu bahawa pada 28 April, iaitu bulan depan, dengan sendirinya parlimen terbubar. Hanya 46 hari lagi tempoh itu. Apa kah "in between" tarikh itu Najib akan bubar parlimen?

Sebentar tadi, Perdana Menteri menghadap YDP Agong. Namun acara menghadap itu bukan luar biasa, kerana setiap mesyuarat mingguan kabinetpun, Perdana Menteri menghadap Agong.

Pada kali ini, acara menghadap Agong dikira diluar kebiasaan, kerana penggal Parlimen akan berakhir dalam masa terdekat. 

Sebenarnya, penggal lima tahun dewan rakyat sudah berakhir empat hari lalu, namun dikeranakan parlimen hanya bersidang pada 28 April 2008, selepas PRU-12 yang diadakan pada 8 Mac tahun yang sama, maka hayat dewan rakyat bertambah sebulan.

Mungkin Datuk Seri Najib telah membubarkan parlimen lebih awal, kalau bukan kerana krisis Lahad Datu. Krisis Lahad membuatkan negara kelam kabut, kerana kejadian yang disangka kecil rupanya besar.

Krisis Lahad Datu, menyebabkan angkatan bersenjata negara untuk pertama kalinya bertindak dalam skala besar, yang melibatkan seluruh jajaran, daripada laut, udara, ATM dan juga PDRM.

Untuk pertama kali juga, satu tempat dikerumuni oleh 7 batalion pasukana keselamatan, yakni kawasan Lahad Datu.

Akbat krisis Lahad Datu juga, kini satu kawasan keselamatan baru diwujudkan, iaitu Eastern Sabah  Security Command (ESSCOM). Modus Operansi ESSCOM hampir sama dengan RASCOM (Rajang Security Command) di Sarawak semasa membasmi pengganas komunis.

PRU-13 benar-benar diambang pintu. Tinggal menunggu PM buka mulut, apakah PRU itu sebelum atau  selepas 28 April.

Mengimbas keputusan PRU lima tahun lalu, Barisan Nasional yang diketuai Oleh Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun) hanya mampu mendapat 140 kerusi parlimen daripada 222 yang dipertandingkan. Sementara DUN, BN mendapat 370 daripada 576 yang dipertandingkan.

Berasaskan kepada jumlah yang dimenangi BN, maka gabungan 13 parti itu kehilangan kuasa 2/3 dewan rakyat, dan kehilangan 4 negeri, selain gagal merampas Kelantan.

Pada PRU kali ini, BN yakin mampu mendapat sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen sepertimana kenyataan Ketua penerangan umno-Datuk Ahmad Maslan, dan mampu menambah 80 kerusi Dun, sehingga membolehkan gabungan 13 parti itu memerintah semula di Kedah dan Selangor; dan menjadi barisan pembangkang yang kuat di Pulau Pinang dan kelantan.

0 Response to "Perlukah Najib Bubar Parlimen?"

Blog Archive