Tuesday, March 19, 2013

Pengganas Sulu: Malaysia jangan tunduk desakan untuk berunding

APA yang perlu dirundingkan? Pengganas sulu datang meneroboh. Membunuh. Kini melancarkan perang guerilia.

Kita faham kenyataan Presiden Indonesia SBY, yang meminta Malaysia menyelesaikan segera krisis Lahad Datu, kerana telah mengakibatkan ramai rakyatnya kehilangan pekerjaan akibat krisis tersebut.

Namun desakan Presiden itu, agar krisis Lahad Datu perlu diselesaikan secara diplomatik tidak boleh diterima, kerana krisis Lahad Datu tiada hubungan dengan diplomatik.

Malaysia hanya mahu menjalankan pembersihan wilayahnya daripada pengganas, sudah tentu, mana-mana negara juga akan melaksanakan tindakan serupa, kalau kejadian itu berlaku di wilayahnya.

Seharusnya, SBY melihat kronologi daripada kejadian ini, yang mana pada mulanya Malaysia tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku, namun kerana pengganas menyerang dan membunuh pasukan keselamatan terlebih dahulu, maka pasukan keselamatan tiada pilihan lain, selain mempertahankan diri.

Kini, keadaan bukan lagi mempertahankan diri, malah menjadi perang, kerana pengganas sendiri mengistiharkan perang.

Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu meskipun tiada locus standai, mengistiharkan perang guerila terhadap pasukan keselamatan negara.

Pengganas yang berjumlah tidak sampaipun 50 orang, masih bersembunyi di paya-paya Tagjung Labian, Sunai Nyamuk dan Sungai Bilis, dan melakasanakan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan seara "hit and Run".

Namun demikian, kenyataan daripada PAT, operasi pembersihan kawasan itu akan tamat dalam waktu terdekat, namun post operasi Daulat, tiada had waktu untuk ditamatkan.

Pasukan keselamatan akan menyusun semula pertahanan melalui ESSCOM agar kejadian pencerobohan keganasan ini tidak berulang lagi.

No comments:

Blog Archive