Monday, March 25, 2013

Pengganas Sulu: Bagaimana Anwar putar belit krisis itu?

Seronoknya Anwar dengan Lagu "Sabah Akan Hilang"
SEMALAM bertempat di Asia City Kota Kinabalu Anwar berkata " Najib yang melakukan perundingan dengan pengganas sulu selama 23 hari dan menyebabkan terkorbannya 8 anggota polis dan 2 anggota tentera" kenapa "salahkan Anwar?".

Anwar tidak menyentuh "mengapa" pengganas itu datang untuk mengganas? 

Rakyat kini tertanya-tanya punca mengapa pengganas itu datang? Bukannya selepas sudah datang.

Dengan kenyataan Anwar tersebut, terlihat bagaimana dia memutar belit krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu yang berlarutan sehingga kini.

Pengganas Sulu yang mula mendarat di Kg Tanduo Lahad Datu pada 9 Februari lalu membuatkan pasukan keselamatan negara terperangkap dengan kejadian itu, kerana sebelumnya tiada tanda-tanda kejadian itu berlaku.

Pengganas sulu menyusup masuk ke Sabah terutama melalui Semporna dan Lahad Datu, bukannya secara berkumpulan akan tetapi secara berperingkat bersama-sama orang-orang tua dan kanak-kanak untuk mengaburi pasukan keselamatan negara.

Jarak antara sempadan Filipina dengan beberapa lokasi di Sabah yang begitu dekat dan keluasan pantai yang meliputi 1440 km, menjadikan kawasan pantai timur Sabah poros kepada penyusupan.

Sabah bukan sahaja berdepan dengan penyusupan rakyat Filipina tetapi juga daripada Indonesia. Atas sebab itu, terdapatnya ramai PATI di Sabah, bukan kerana kehendak negeri ini, akan tetapi mereka yang menyusup itu datang untuk mencari peluang cari makan.

Namun usaha pihak kerajaan untuk mengatasi kebanjiran PATI terutama penubuhan RCI Pati, dan peningkatan kawalan keselamatan terutama melalui Ops Pasir, setidaknya membawa keamanan dalam negeri di bawah bayu itu.

Rakyat Sabah begitu teruja dengan semua kerajaan, atas sebab itu rakyat negeri itu memberi sokongan padu kepada kerajaan, yang diterjemahkan melalui sokongan di peti undi.

Melihat sokongan rakyat negeri itu kepada kerajaan, pihak yang mahu merampas kuasa tidak senang dengan keadaan itu. Atas sebab itu, hanya kekacauan sahaja dan sekaligus menaikan emosi yang difikirkan oleh pihak pembangkang boleh mendobrak sokongan rakyat Sabah kepada kerajaan sabah iaitu kerajaan Bn.

Pantai Timur Sabah adalah kawasan simpanan tetap Bn, terlalu sukar bagi pihak pembangkang menembusi kawasan-kawasan itu, atas sebab itu huru hara di kawasan tersebut perlu dicipta agar rakyat gusar dan panik, sehingga menimbulkan kekurang yakinan terhadap kerajaan.

Pembangkang beberapa kali menganjurkan tunjuk perasaan sehingga ke Bersih 3.0 namun, tunjuk perasaan itu tidak mendapat sambutan daripada rakyat Sabah.

Untuk membangkitkan emosi dan dendam rakyat Sabah, maka satu muslihat perlu dilaksanakan. 

Keganasan Pengganas Sulu salah satu daripada perancangan itu. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat, bagaimana pengelibatan pemimpin pembangkang dalam krisis Lahad Datu.

Namun, Anwar dengan kemampuan putar belitnya, berkata AYT ulangi " Najib yang melakukan perundingan dengan pengganas Sulu, mengapa Anwar yang disalahkan" kenyataan yang menidakan punca kejadian. Satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab.

No comments:

Blog Archive