Friday, March 29, 2013

Pemilik Putrajaya- Bergantung Sabah dan Sarawak

12 kali Pilihanraya di negara ini, kesemuanya dimenangi perikatan/barisan nasional. Dalam 12 kali pilihanraya itu hanya dua kali kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3; pertama pada tahun 1969 dan kedua tahun 2008.

Sebenarnya pada tahun 2008, tiada isu-isu yang begitu berat yang boleh mendorong kepada berlakunya berkurangnya sokongan terhadap Bn.

Apa yang berlaku sepanjang tahun 2004 sehingga tahun 2008 adalah kritikan hebat daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi, kerana kerajaan yang dipimpin Abdullah mengambil tindakan yang tidak popular dengan mengabaikan berbagai perancangann yang telah diputuskan sebelum beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Keputusan Kerajaan Tun Abdullah yang paling mendapat kritikan Tun Dr Mahathir apabila Perdana Menteri ke-5 negara itu tunduk kepada permintaan Singapura apabila membatalkan jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan negera republik itu.

Keputusan media arus perdana yang dikuasai oleh Kalimullah Hassan, yang melakukan "black out" terhadap Tun Dr Mahathir, merupakan salah satu faktor yang hampir membawa kejatuhan kerajaan Bn.

Kerajaan Abdullah Badawi yang cuba menidakan sumbangan Tun Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri terlama negara, menyebabkan ramai pengundi yang berpaling tandah terhadap kerajaan Bn, dan tidak ketinggalan para penyokong tegar Umno.

Selain itu, krisis yang melanda parti komponen Bn terutama MCA, Gerakan dan MIC, melemahkan lagi keupayaan Bn pada PRU-12 lalu.

Pada PRU-12, keputusan dapat dilihat bahawa sokongan pengundi india dan cina biasanya akan swing kepada Bn, apabila berlaku perpecahaan dalam Umno, seperti mana belaku pada tahun 1990 dan 1999, namun tidak berlaku pada tahun 2008. Pada tahun 2008, kaum india, cina bergerak bersama-sama penyokong Bn daripada kaum melayu menyokong DAP-PKR-PAS, atas sebab itu, lima negeri ditawan mereka, disamping mempertahankan Kelantan.

Pada tahun 2008, daripada 222 kerusi dewan rakyat yang dipertandingkan, Bn mendapat 139+1, manakala pakatan tiga parti pembangkang mendapat 82.

Di Semenanjung daripada 165 kerusi parlimen, Bn mendapat 84+1, manakala DAP-PKR-PAS mendapat 80 kerusi parlimen.

Parti yang paling meningkat prestasinya dalam perolehian jumlah kerusi pada PRU itu adalah PKR daripada satu kepada 31.

Melihat kepada prestasi Pembangkang itu, maka para pemimpin mereka gahirah lalu mencangkan, MENAWAN PUTRAJAYA pada PRU-13 yang hanya menghitung hari untuk diadakan.

Anwar sebagai Defacto Leader Pakatan, yakin Pakatan mampu mempertahankan 80 kerusi dewan rakyat yang dimenangi pada tahun 2008 di Semenanjung, malah cukup yakin akan menambah antara 4-5 kerusi lagi yang datang daripada Johor, Negeri Sembilan, Perak, dan Terengganu.

Atas sebab itu, Anwar memberi perhatian penuh bagi kerusi-kerusi di Sarawak dan Sabah. Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 57 kerusi yang dipertandingkan di dua negeri Malaysia Timur itu.

Tanpa menedapat kerusi yang mencukupi di Sabah dan Sarawak, hasrat untuk merampas Putrajaya perlu dilupakan baik oleh Pakatan mahupun Bn.

No comments:

Blog Archive