Tuesday, March 12, 2013

Pasti ada yang melindungi Agbimuddin Kiram

Agbumddin Kiram adik kepada Jamlul Kiram III, tersenarai sebagai INDIVIDU YANG PALING DIKEHENDAKI.

Walaupun Ops Daulat hampir ke penghujungnya, namun kelibat Agbimuddin tidak diketahui di mana rimbanya.

Banyak laporan simpang siur berkaitan dalang kepada pengganas sulu yang pada mulanya menduduki Kg Tanduo Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Berasaskan laporan, Agbimuddin, memang sudah berada di Lahad Datu atau Semporna sebelum ketibaan Jeneral Haji Musa Abdulla dan Ernesto Sambas ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013.

Pengetahuan luas berkaitan dengan kawasan yang diduduki, memang tidak boleh dipersoal lagi kepada Agbimuddin, kerana dia sudah berada di negeri ini sejak Sabah merdeka lagi, malah dia pernah menjadi Pembantu Pegawai Daerah Kudat, semasa Tun Datu Mustpaha Datu Harun masih ketua menteri Sabah.

Berasaskan kepada lamanya dia tinggal di Sabah, dan sudah pasti telah menjadi warga negara secara automatik, maka sudah tentu dia mempunyai kenalan yang ramai.

Kegagalan menjumpainya sehingga kini, pasti ada orang yang melindunginya. Tidak mungkin dia boleh bertahan dalam hutan tanpa makanan, memandangkan umurnya yang sudah mencecah 60-an.

Mungkin kah Agbimuddin sudah maut? kerana sejak 5 Mac sehingga kini belum ada sebarang laporan daripada keluarganya di Taguig city Manila, untuk menyatakan bahawa dia masih hidup.

1 comment:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Cari sampai lubang cacing... mesti ada di mana-mana... Kalau ada yang subahat, tembak aje orang tu... Menyusahkan orang..

Blog Archive