Thursday, March 07, 2013

Ops Daulat: Saat-saat Akhir tindakan pasukan keselamatan

Risalah yang ditabur pasukan keselamatan ke kawasan di mana peneceroboh berkampung
WALAUPUN rundingan antara polis dan penceroboh Tamat pada 21/2/2013, akan tetapi Kerajaan Filipina memohon perlanjutan G2G agar peluang diberikan sehingga selasa 26/2/2013, namun Kerajaan Malaysia hanya meluluskan sehingga 24/2/2103. Bermula 25/2/2013, berbagai usaha terakhir pasukan keselamatan untuk memujuk peneroboh termasuk penyebaran risalah.

AYT beberapakali menulis, bahawa tindakan pasukan keselamatan akan bermula untuk mengusir penceroboh.

Tibalah hari yang mencemaskan. Jumaat 1 Mac 2013, sekitar jam 10 pagi, satu kibaran Bendera Putih daripada rumah yang sedang dikepung. Rumah itu milik seorang yang bernama Ahmad Malandai @ Mat Bom.

Apabila pasukan keselamatan melihat bendera putih itu, maka pasukan yang diketuai oleh Isp Zulkefli Mamat menghampirinya, namun apa yang berlaku, bendera putih itu satu hela dan taktik keji, pasukan komnado 69 itu ditembak dengan mortar, tanpa dapat membalas.

Berikutan itu, pihak komando membalas tembakan dan membunuh  12 bersenjata  di rumah itu. 9 mayat penceroboh itu dijumpai semalam dalam satu lubang di kg Tanduo, sementara yang 3 lagi, masih dikesan oleh pihak forensik PDRM.

No comments:

Blog Archive