Wednesday, March 27, 2013

Ops Daulat: Pangganas Sulu masih melawan

Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya.

Meskipun Pengganas mengalami kebuluran kerana terputusnya bekalan makanan lebih dua minggu, namun pengganas masih lagi melawan. Tiada tanda-tanda mereka mahu menyerah.

Pasukan keselamatan tidak pilihan selain membenteras saki baki pengganas melalui operasi ketenteraan.

Sementara itu, Pasukan keselamatan mendapati bahawa Kg Tanduo, lokasi di mana bermulanya pencerobohan pengganas, tidak sesuai lagi sebagai penempatan penduduk dan akan ditutup.

Penduduk yang mendiami kg itu akan dipindahkan ke lokasi baru yang lebih sesuai.

No comments:

Blog Archive