Saturday, March 09, 2013

Ops Daulat: Laporan dari Bongao Tawi-Tawi

Agbimuddin-Orang Yang Paling Dikehendaki
SEJAK semalam, ramai rakyat Filipina keturunan Suluk/Tausog meninggalkan kawasan Pantai Timur Sabah, terutama daripada kawasan konflik- Lahad Datu, Semporna malah daripada Sandakan dan Kunak.

The http://globalnation.inquirer.net/ melaporkan lebih 100 suku tausog telah mendarat di Ibu Kota Tawi-Tawi Bongao sejak semalam.

Sementara itu tiga lelaki bersenjata mati dibunuh di Kabacan Town, utara Cotabato, dipercayai dari bangsa tausog. Tidak pasti, apa kah kehadiran lelaki bersenjata itu dalam perjalanan ke Lahad Datu Sabah, kerana semasa bertembakan dengan pasukan tentera Filipina, mereka bersembuyi di Kg Barangay, satu pintu keluar yang biasa digunakan menyeberang ke Lahad Datu atau Semporna.

Di Sabah pula, Agbimuddin Kiram yang dikatakan mengetuai pencerobohan Kg Tanduo sejak malam 12 Februari lalu, masih diburuh pasukan keselamatan negara dan dimasukan sebagai ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI.

Agbimuddin mempunyai pengetahui luas kawasan konflik, kerana telah lama tinggal di Lahad Datu Sabah, malah terlibat pengangutan ikan antara Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

No comments:

Blog Archive