Wednesday, March 20, 2013

Ops Daulat: Anggota Penjaga Pantai Filipina salah seorang yang maut

Anggota Pengawal Pantai Filipina (The Philippine Coast Guard) dikenali sebagai JUL Asbi, salah seorang pengganas yang mati semasa OPS Daulat.

Menurut anggota pengganas sulu yang berjaya menyusup pulang ke Filipina pada 13 Mac- Ruben Anok, 23; Joseph Mahabasal, 43; dan Andmursalun Yusop,30 kesemua penduduk Tawi-Tawi, JUL Asbi salah seorang orang kanan Esmail Dalus Kiram, adik kepada Jamalul kiram III.

Menurut tiga anggota pengawal Pantai Filipina itu, Jul Asbi telah merekrut 100 orang bersenjata termasuk mereka pada 6 Mac dan bertolak ke Tanjung Batu Lahad Datu pada 7 mac, menaiki boat yang telah diatur oleh Hadji Musa Abdullah.

Walau bagaimanapun, mereka bersama 32 yang lain termasuk seorang wanita berjaya lolos daripada pasukan keselamatan Malaysia dengan menggunakan perahu curi pada malam 12 Mac, sehingga mereka dipintas oleh Tentera Laut Filipina pada Rabu berdekatan pulau Omapoy.

No comments:

Blog Archive