Saturday, March 02, 2013

Operasi Kg Tanduo:Apa kah kerana tertipu, maka dua anggota keselamatan terbunuh?

ADA yang mengatakan satu sumber dalaman, kematian dua orang anggota komando 69 yang terbunuh kerana tertipu. Menurut sumber itu, sebenarnya pihak penceroboh telah mengangkat bendera putih, tanda menyerah diri.

Apabila anggota komando yang berjumlah lima orang yang diketahui Insp Zulkefli Mamat menacari tahu dan mengsahkan kejadian itu, maka satu kumpulan daripada penceroboh itu yang tidak bersetuju dengan tindakan menyerah diri melepaskan tembakan kearah anggota keselamatan itu, mengakibatkan dua orang anggota terkorban dan tiga yang lain cedera.

Pada 28 Februari pasukan keselamatan mengedarkan risalah dalam bahasa suluk, meminta penceroboh itu menyerah diri secara aman; namun setakat jam 5 pagi 1 Mac, belum ada maklum balas daripada penceroboh.

Pada sekitar jam 10 pagi jumaat, bendera putih dikibarkan di luar rumah Ahmad malandi di mana penceroboh itu menumpang selama 23 hari.

Disebabkan tembakan yang dilepaskan penceroboh, maka pasukan keselamatan terpaksa membalas tembakan, dan aksi tembak menembak hanya berlangsung selama 30 minit.

Malang sungguh, dua periwira yang gugur bukan dalam aksi tembak menembak, akan tetapi tertipu dengan tindakan penceroboh.

Perbincangan selama 23 hari termasuk penghantaran utusan kerajaan Malaysia ke Manila - Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapaha hampir membuahkan penyelesaian, jika tindakan kumpulan yang membangkang perdamaian dalam kumpulan itu tidak bertindak.

Amir Kahar Tun Mustapa yang berlepas ke Manila pada Rabu, hanya berjaya berjumpa Sultan Kiram pada Jumaat jam 2.30 petang waktu Malaysia, empat jam selepas kejadian tembak menembak berlaku di Kg Tanduo, Felda Sahabat 17 Tungku Lahad Datu.

Dalam kumpulan yang menecroboh Lahad Datu bermula pada 12 Februari lalu, terbagi kepada kumpulan yakni yang bersetuju untuk kembali ke Filipina dan kumpulan yang menentang rundingan aman.

Besar kemungkinan kumpulan yang menentang rundingan aman itu adalah pemilik rumah Ahmad Malandi, kerana dialah perancang utama pencerobohan itu. Niat Ahmad Malandi mendapatkan wang yang banyak daripada pampasan daripada kerajaan mendorong simpati pemimpin pembangkang untuk tujuan politik.

Kini, selepas operasi pembebasan Kg Tanduo, perkara yang dikhuatiri berlaku adalah tindakan RIDO atau balas dendam. Tindakan balas dendam ini boleh berupa berperang atau melalui peti undi.

Tujuan pemimpin politik daripada pembangkang yang bersengkokol dengan Ahmad Malandi, mengharapkan sokongan kaum suluk terhadap kerajaan berpaling kepada mereka, kerana emosi, marah dan balas dendam.

No comments:

Blog Archive