Friday, March 01, 2013

Dikemaskini: Operasi Kg Tanduo: Terkini-angka korban Yang Maut

Al-Fatihah.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez dilaporkan berkata pencerobohan pengikut sultan Sulu di Sabah telah tamat.

ABS-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut. 

Menurutnya, tiga anggota polis Malaysia terbunuh  selepas kenderaan mereka ditembak oleh kumpulan tersebut.

ABS-CBNnewsmemetik Hernandez sebagai berkata duta telah memaklumkan bahawa pencerobohan itu telah tamat.

Hernandez berkata, jabatan halehwal luar (DFA) sedang mengesahkan laporan dari pengikut Sultan Jamalul Kiram bahawa 10 pengikut Azzimudie terbunuh dan empat yang lain cedera.

"Apa yang kita tahu dari duta Malaysia ialah 10 pengikut Azzimudie menyerah diri dan pemilik rumah tempat Azzimudie tinggal telah terbunuh. Di pihak berkuasa Malaysia, dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas kenderaan polis Malaysia ditembak oleh kumpulan tersebut," demikian menurt kenyataan Hernandez.

Laporan itu juga menyebut bahawa dua pengikut Azzimudie telah melarikan diri ke arah laut, menurut Duta Malaysia.

Manila juga telah meminta kebenaran untuk membolehkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 BRP Tagbanua, ke Lahad Datu untuk membolehkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang baki anggota kumpulan itu ke kampung dan keluarga masing-masing.

MAKLUMAT berkaitan sidang media polis berkaitan kejadian tembak menembak di Kg Tanduo pagi tadi belum diperolehi setakat ini.

Walau bagaimanapun keadaan di Kg Tanduo di mana kejadian tembak menembak berlaku dilaporkan tenang, walaupun keadaan masih dalam keadaan genting. Kini kawasan Lahad Datu dikenakan perintah berkurung.

Kejadian tembak menembak bermula, apabila pasukkan keselamatan terlebih dahulu diserang menggunakan mortar yang diarahkan ke arah kenderaan yang dianiki pasukan komando 69 dan sebagai akibatnya mengorbankan tiga nyawa anggota keselamatan kita Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat , Koperal 113088 Sabarudin B. Daud Koperal 135383 Azman B. Ampong sementara yang tercedera adalah Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan) 

Dipihak penceroboh pula dikatakan 10 orang bersenjata terkorban, manakala ketua penceroboh itu Rajah Muda Agbimuddin Kiram dilaporkan tercedera.

No comments:

Blog Archive