Tuesday, March 05, 2013

Operasi Kg Tanduo: Khabar terbunuhnya Ketua Penceroboh masih simpang siur

Belum ada penyataan rasmi daripada pasukan keselamatan negara yang melakukan serangan yang berskala besar terhadap penceroboh tentera sulu di Kg Tanduo Lahad Datu.

Sementara itu, Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Agbimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini.

MenurutInterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini.

"Datu Raja Muda (Agbimuddin) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata.

Beliau mengumpamakan Agbimuddin "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia.

Utusan Malaysia, dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

belum ada kepastian lagi....

Blog Archive