Friday, March 01, 2013

Operasi Kg Tanduo: perintah berkurung mungkin dikuatkuasakan

Terkini- anggota komando negara yang maut dikenal pasti sebagai Insp Zulkefli Mamat dan Sarjen Sabarudin. Alfatihah.

PADA MASA INI, larangan dikuatkuasakan bagi sebarang aktivti keluar masuk baik udara atau laut di kawasan Lahad Datu.

Usaha mendapatkan maklumat sudah menjadi sukar, kerana pasukan keselamtan telah meminta semua orang awam tidak berada berdekatan dengan lokasi, kerana faktor keselamtan.

Setakat ini kemalangan jiwa berlaku diantara ke dua belah pihak. Dua komando negara maut kerana tembakan mortar, manakala dipihak penceroboh kematian terus meningkat, namun jumlah belum ada kepastian. Pada sebelah tengah hari, kematian di pihak penceroboh adalah 10 orang, mungkin termasuk Rajah Muda Aqbimuddin Kiram.

No comments:

Blog Archive