Wednesday, March 06, 2013

Operasi Daulat: Akan berlanjutan- setakat ini hanya 19 penceroboh disahkan maut

SETAKAT ini Pasukan Keselamatan hanya berjaya membunuh 19 penceroboh; 12 pada Jumaat, 6 pada Sabtu dan seorang pada hari ini.

12 penceroboh yang maut pada Jumaat, berlaku di kg Tanduo, yang juga mengorbankan dua anggota komando 69 dan mencederakan tiga yang lain. Mayat daripada 12 itu, hanya 9 yang dijumpai di sebuah kubur di Kg Tanduo pada hari ini.

Sementara 6 penceroboh lagi mati ditembak  pada Sabtu-2 Mac, apabila sepasukan anggota polis diserang hendap di Kg Sri Jaya Pulau Simunul, Semporna yang turut juga mengorbankan 6 anggota polis.

Seorang penceroboh berjaya ditembak mati pada jam 6.45 pagi tadi di kg Tanduo apabila menyerang pasukan CID dan forensik PDRM.

No comments:

Blog Archive