Friday, March 22, 2013

Menurut Jacel Kiram-Sultan Ibrahim penasihat Aquino

ANAK Jamalul Kiram III Jacel Kiram mendakwa Sultan Ibrahim, yang kini Sultan Johor merupakan penasihat kepada Aquino, atas sebab itu, keputusan Presiden Filipina itu lebih membela Putrajaya berbanding ayahnya.

Alasan yang diberikan Jacel, bahawa suatu masa dahulu, Ayah Aquino menetap di Boston Amerika Syarikat, di mana ayahanda Sultan Ibrahim merupakan rakan baik kepada ayah Presiden Filipina sekarang.

Sementara itu, berkaitan dengan pendakwaan lapan pengganas sulu semalam, jurucakap Kiram- Abraham Idjirani membantah "terma" yang digunakan, kerana menurutnya "pengganas" tidak sesuai digunakan, kerana "tentera sulu" bukan lah pengganas, kerana Sabah adalah kepunyaan Sultan Sulu, Malaysia hanya menyewanya.

Krisis Lahad Datu yang bermula pada 12 Februari lalu membawa angka kematian, 10 dipihak pasukan keselamatan negara dan 63 dipihak pengganas.

Operasi Daulat masih berterusan, walaupun hari ini tiada pertempuran berlaku dikawaan Tanjung Batu, di mana pengganas diperperayai masih bersembunyi.

No comments:

Blog Archive