Monday, March 04, 2013

Krisis Pantai Timur Sabah: Tindakan Ketentaraan adalah Option sekarang

PENDEKATAN berlembut pasukan keselamatan negara mengorbankan lapan nyawa anggota pasukan keselamatan kita.

Rakyat majoriti tahu, bahawa kerajaan memberi peluang dan ruang yang sebesar-besarnya kepada penceroboh untuk menyerah secara aman, namun peluang itu tidak dipergunakan, malah mengsitiharkan perang kepada pasukan negara, dengan memulakan serangan yang mengakibatkan dua anggota keselamatan gugur, bukan dalam pertempuran tetapi melalui taktik kotor.

Pada 1 Mac lalu di pagi hari, penceroboh mengibarkan bendera putih tanda menyerah, namun apabila dihampir sepasukan anggota komando 69 yang diketuai oleh ISP Zulkefli Mamat, mereka diserang dengan peluru mortar, mengorbankan beliau dan SJN Sabarudin Daud serata mencederakan tiga yang lain.

Pada petang 2 Mac sekumpulan penceroboh pula menyerang hendap sepasukan polis di Kg Sri Jaya Pulau Simunul, Semporna dan mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan.

Dalam situasi begini Pasukan keselamatan negara  tiada pilihan lagi, option yang ada bertindak dengan tegas menghapuskan semua penceroboh itu mati atau hidup, kerana perbuatan mereka itu sudah termasuk dalam mengancam keselamatan negara.

Jika tedapat mana-mana rakyat negara ini, yang bertindak mempertikai pendekatan pasukan keselamatan, mereka itu sebenarnya rakyat yang berbulu musang dalam kandang ayam. Mereka sebenarnya musuh negara, yang berselindung dengan perkataan Hak Asasi Manusia.

No comments:

Blog Archive