Latest News

Ops Daulat: Siapa Jeneral yang Maut Itu?

Uniform Jeneral itu
Polis masih berusaha mengenal pasti siapa jeneral pengganas Sulu yang terbunuh dalam pertempuran sengit di Kampung Tanjung Batu pagi Seleasa, sama ada ia Raja Muda Agbimudin Kiram atau orang kanannya.

Berdasarkan pakaian seragam tentera yang ditemui tertulis logo Tentera Kesultanan Sulu, dipercayai pakaian berkenaan milik orang kanan kumpulan pengganas terbabit.

Dalam pertempuran sengit jam 11.30 pagi  Selasa, 31 pengganas termasuk seorang lelaki berpakaian seragam jeneral ditembak manakala selebihnya melarikan diri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pada sidang akhbar petang selasa, usaha dilakukan bagi mengenal pasti siapa lelaki yang memakai pakaian jeneral itu.

Senjata yang telah ditemui
Menurutnya, operasi menggempur saki-baki pengganas diteruskan sejak Selasa sehingga kini, dan pagi tadi seorang lagi berjaya ditembak mati; sementara itu operasi masih bertumpu di Kampung Tanjung Batu, bersebelahan Kampung Tanduo.

Dipercayai, kumpulan pengganas yang diketuai Agbimuddin, kini berpecah pada kumpulan kecil dan bersembuyi di hutan di sekitar Felda Sahabat, terutama di kg Tanjung Batu dan Kg Tanduo.

Walaupun tiada lagi kejadian tembak menembak, tidak bermakna, pengganas sudah tidak berada di lokasi operasi.

0 Response to "Ops Daulat: Siapa Jeneral yang Maut Itu?"

Blog Archive