Friday, March 29, 2013

Kg Tanjung Batu Selepas Ops Daulat

Selepas Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac, keadaan kg Tanjung Batu macam padang jarak padang tekokor.

Keadaan kampung bukan sahaja akibat terkena serangan bom, malah tindakan pengganas sulu yang membakar rumah-rumah penduduk untuk menimbulkan asap agar pesawat pengintai atau jet angkatan udara tidak dapat mengesan lokasi pengganas.

Sejak pencerobohan pengganas sulu yang bermula pada 12 Februari lalu dan bermula di Kg Tanduo yang terpencil, kawasan operasi menyebar ke kawasan-kawasan lain seperti Kg Labian, Tanjung Batu, kawasan Sungai Nyamuk dan Sungai Bilis.

Kini selepas lebih sebulan, pencerobohan Lahad Datu, Kg Tanduo telah ditutup sepenuhnya kerana tidak sesuai lagi didiami. Manakala kawasan-kawasan lain penduduk dibenarkan kembali ke kampung halaman masing-masing.

Semenjak Ops Daulat, seramai 68 pengganas sulu terbunuh, manakala 8 anggota polis dan 2 angkatan tentera terkorban.

Berikutan Ops Daulat, lebih 100 pengganas sulu ditangkap dan lebih 200 yang lain ditangkap dengan berbagai kesalahan berkaitan dengan keganasan itu.

Setakat ini 8 pengganas sulu dihadapkan ke mahkamah dan mereka berdepan hukuman penjara malah dua daripadanya berdepan dengan hukuman mati kerana mengistiharkan perang terhadap SPB Agong.

Keganasan sulu sebenarnya dirancang untuk menimbulkan huru hara di Sabah menjelang Pilihanraya Umum ke-13, agar PRU di negeri di bawah bayu ditangguhkan.

Banyak laporan terutama daripada media Filipina dan antarabangsa, menyebut bahawa pemimpin pembangkang terlibat sebagai dalang kepada pencerobohan itu.

Kerana tersilap haribulan, maka pihak keselamatan negara mengesan lebih awal perancangan itu, sehingga tujuan daripada dalang tersebut gagal dan terbantut.

Maklumat yang tidak tepat berkaitan dengan pembubaran Dewan Rakyat dan negeri di mana menurut maklumat yang disalurkan kepada pengganas Kiram adalah 28 Februari, atas sebab itu, pengganas Kiram memunculkan diri pada 12 Februari.

Sebenarnya kehadiran pengganas Sulu telah bermula sejak Ogos 2012, di mana rancangan awal menyerang Sabah, kerana pada masa itu dispekulasikan bahawa dewan rakyat akan dibubarkan; namun rancangan itu tidak menjadi, kerana dewan rakyat tidak juga dibubarkan.

Perancangan menyerang Sabah disusun dengan rapi, sehingga pengganas menjadikan Semporna sebagai Ibu Pejabat mereka dengan membeli beberapa rumah sebagai sarang sebelum serangan dilancarkan.

Kg Sri Jaya Semporna salah satu kampung di Pulau Simunul Semporna dijadikan tempat persinggahan, selain membina pondok-pondok berhampiran hutan di Kg Tanduo.

Pengganas sulu selain mendapat kerjasama dengan penduduk asal Filipina yang telah menjadi warganegara, mereka juga mendapat bantuan daripada beberapa pemimpin tertentu tempatan dengan menyalurkan bantuan kewangan.

Jamalul Kiram III yang menjadi fokus kepada pencerbohan Lahad Datu, sebenarnya tidak mempunyai kemampuan melakukan misi di Lahad Datu. Menurut Pengerusi MNLF Muslimin Sema, Jamalul Kiram III tiada kapasiti langsung menjalankan misi pencerobohan, apa lagi dilengkapi berbagai senjata moden.

Di pihak MNLF sendiri, belum pernah mendengar Royal Sulu Force (RSF) sebelum ini. Nama RSF hanya mereka ketahui selepas pencerobohan Lahad Datu.

Bukan sahaja Musliman Sema yang meragui kemampuan Jamlul Kiram III melakukan misi pencerobohan, malah Presiden Filipina juga tidak percaya dengan keupayaan Jamalul. Atas sebab itu, banyak yang menuding jari, bahawa Jamalul Kiram III mendapat bantuan pihak ketiga untuk menjalankan misi pencerobohan.

Di Malaysia, nama-nama pemimpin Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Dr Jeffery Kitingan serta Tian Chua, S Sivarasa disebut-sebut sebagai perantara kepada Jamalul Kiram III melalui Nur Misuari bekas pengerusi MNLF untuk melaksanakan pencerbohan Lahad Datu.

Sejauh mana kebenaran kepada dakwaan-dakwaan ini, akan tergantung kepada penyiasatan pihak Filipina dan Malaysia untuk mengetahui dalang sebenar pencerbohan itu.

No comments:

Blog Archive