Thursday, March 21, 2013

Kemaskini Ops Daulat: Seorang Lagi Pengganas Sulu Mati Ditembak

UTUSAN Malaysia melaporkan hari ini, bahawa Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas Kiram dan menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini hari ini. 

Sementara itu, di Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah 8 pengganas dihadapkan ke mahkamah dengan memerangi SPB Agong pada 12 Februari lalu, kerana meneroboh Kg Tanduo Lahad Datu.

Sehinggakini, 10 anggota keselamatan terkorban, dan 63 pengganas maut, termasuk seorang yang berjaya dibunuh semalam.

Dalam pertemuparan semalam, seorang askar RMD tercedera di pergelangan tangan.

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

hehehe...

Selain jadi pengganas, wanita tu jadi apa yer di kalangan pengganas-pengganas Kiram...jadi tukang masak ka atau jadi tukang massage body to body ka?

Blog Archive