Thursday, March 14, 2013

Kemaskini Ops Daulat: Remaja Yang Maut Itu-Ada hubungan dengan Pengganas Sulu

KPN Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa budak remaja yang maut itu ada hubungan dengan pengganas sulu. Individu yang tercedera semasa operasi di Tanjung Batu Ahad lepas dan kini sedang dirawat disebuah hospital kerajaan merupakan bapa kepada budak remaja itu.

Sehingga kini telah 58 pengganas maut ditangan pasukan keselamatan negara. Semalam semasa tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, empat pengganas berjaya dibunuh, namun seorang perwira negara telah gugur- Kpl Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala seorang lagi anggota tentera, Kpl Khairul Anuar Md Isa, 35, cedera di pipi.

No comments:

Blog Archive