Sunday, March 10, 2013

Kemaskini Ops Daulat: Pengganas Sulu Masih Melawan- Dua Anggota PGA tercedera

Sebahagian Senjata Yang Dirampas Daripada Pengganas Sulu
BERMULA jam 8 malam Sabtu, selama 6 jam, PGA terlibat tembak menembak dengan pengganas sulu di kawasan kg Tanjung batu, menyebabkan dua anggota tercedera di bahagian kaki.

Tembak menembak itu berlaku apabila pasukan keselamatan memperluas jangkaun operasi dan bergerak menyusup ke dalam kawasan kampung berkenaan; di mana pengganas dipercayai bersembunyi.

Ketebalan ladang kelapa sawit dan jerun-jerun memperlambat gerakan pasukan keselamatan menawan sepenuhnya kawasan-kawasan merah; kerana dipercayai pengganas bersembunyi dan bersedia menyerang hendap.

Pengalaman anggota PGA dan ranjer sarawak dalam operasi hutan, digunakan dalam menjejaki pengganas sulu.

Setakat ini 85 orang yang disyaki pengikut Jamalul Kiram yang mengganas sejak 1 Mac lalu berjaya ditahan.

Sementara itu, dalam operasi pembersihan pengganas, bebarapa jenis senjata berjaya dirampas terutama di kg Tanduo, Lahad Datu.


No comments:

Blog Archive