Wednesday, March 06, 2013

Kemaskini Operasi Daulat: Penceroboh mencuba keluar

Disisi Lain Jamalul Kiram III . Dalang Percerobohan Lahad Datu. Seorang yang mendapat bantuan kerajaan Filipina menjalankan rawatan dialisis, kini punya banyak wang mampu memberi peralatan senjata. Siapa pemimpin Pembangkang dalam negara yang menyalurkan kewangan itu?
16.05 Dikesan beberapa orang penceroboh mencuba keluar daripada ladang di Lahad Datu.

15.26 Kapal peronda Tentera Laut menahan sebuah sampan yang cuba mendekati kawasan Felda.

15.20 Ada letupan terdengar di kg Tg Labian.

Penceroboh dalam keadaan kelam kabut, dan kini mereka sedaya upaya mencuba untuk keluar daripada kawasan pertemuran dengan berbagai helah, termasuk menyamar sebagai penduduk kampung.

Ops Daulat diteruskan dengan operasi rumah ke rumah dan liputan kawasan diperluas ke kawasan lain selain kg Tanjung Labian, Kg Tanjung Batu dan Kg Tanduo.

Pagi tadi (6.45) seorang penceroboh berjaya dibunuh di kawasan operasi yang meliputi 4km persegi.

Setakat ini telah 13 mayat penceroboh ditemui dilokasi dimana operasi berjalan, demikian kata polis.


No comments:

Blog Archive