Latest News

Anwar Cakap Tidak Jumpa Misuari- Misuari Kata Jumpa Anwar Di Jakarta

Anwar dan Misuari
Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari berkata adalah mustahil ahli MNLF terlibat menyertai kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Misuari berkata, dia masih lagi berusaha untuk mengetahui sama ada salah seorang bekas komander MNLF antara lelaki bersenjata yang dibunuh oleh anggota keselamatan di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada Jumaat berkata, salah seorang daripada 31 lelaki bersenjata yang terbunuh merupakan ketua kumpulan penceroboh itu.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan bekas komander yang dikenali sebagai Haji Musa Abdulla. Penduduk Tanjung Batu mengsyahkan salah seorang pengganas memeperkenalkan diri sebagai Haji Musa, apabila meminta air daripada salah seorang penduduk. Kisah berkaitan Haji Musa Abdulla akan AYT tulis dalam posting akan datang.

Dia merupakan bekas jeneral tentera Filipina yang turut berkhidmat di Vietnam.

Mengenai dakwaan sama ada dia bertemu dengan mana-mana pemimpin pembangkang Malaysia, dia berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.

Dia meminta dipertemukan dengan Anwar untuk mengadu mengenai layanan Malaysia terhadap pendatang asing Selatan Filipina yang ditahan sambil memberitahu tiada perkara lain dibincangkan.

"Dia (Anwar) hanyalah satu-satu rakan rapat yang saya kenal selepas saya ditahan di perairan Sabah," katanya.

Bekas pemimpin pemberontak itu ditahan di Sabah pada 2001 dan diserahkan kembali ke Filipina atas permintaan negaranya.

0 Response to "Anwar Cakap Tidak Jumpa Misuari- Misuari Kata Jumpa Anwar Di Jakarta"

Blog Archive