Wednesday, March 13, 2013

Agbimuddin Masih Hidup- Diyakini Berlegar-legar di Kawasan Hutan Tanjung Batu

Agbimuddin Kiram-Ketua Pengganas Sulu
PADA 12 Mac, jam 2 pagi, Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjairani mengatakan berkomunikasi dengan Agbimuddin. 

Dalam kenyataan jurucakap itu, Agbimuddin masih berada di lokasi pertempuran, dan bertekad meneruskan penentangan.

Pihak polis juga berkeyakinan, Agbimuddin masih berada di sekitar lokasi operasi, kerana menurut polis, sebagai ketua, dia tidak akan membiarkan kumpulannya tanpa ketua.

Sejak operasi Daulat, dikatakan seramai 56 pengikut Agbimuddin maut, termasuk Komander mereka Jeneral Haji Musa Abdulla, walaupun sehingga kini, hanya 40 mayat dijumpai.

Sementara itu, seramai 97 pengikut Agbimuddin berjaya ditahan, dan 156 orang tali barut atau simpatisan juga ditahan.

Operasi membasmi pengikut Agbimuddin kini ditumpukan di kawasan Kg Tanjung Batu, Sungai Nyamuk dan Sungai Bilis yang meliputi keluasan 100,000 hektar.

Dalam operasi membasmi keganasan pengikut Agbimuddin, telah 10 perwira negara terkorban, 9 dalam pertempuran, sementara yang satu akibat kemalangan semasa bertugas, selain 9 yang tercedera.

Operasi yang pada mulanya bersandi Ops Sulu kemudian ditukar kepada OPs daulat, kini telah sebulan, namun belum ada tanda-tanda berpenghujung.

Hanya tertangkap atau terbunuhnya Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III, akan menamatkan oeparsi ini. 

No comments:

Blog Archive