Thursday, February 21, 2013

Terkini: Tentera Sulu masih Berkampung di Kg Tanduo

WALAUPUN kejadian pencerobohan Kg Tanduo masuk minggu ke dua, namun pasukan keselamatan negara masih meneruskan rundingan dan berharap semuanya akan berakhir tanpa pertumpahan darah.

Laporan daripada lokasi, walaupun pasukan keselamatan menjalankan sekatan jalan diberberapa lokasi di Lahad Datu, tiada tanda-tanda bahawa kejadian pencerobohan di Kg Tanduo itu merebak di lokasi-lokasi lain.

Keadaan di Lahad Datu tenang seperti biasa. Kegiatan orang ramai, macam tidak terganggu dengan kejadian itu.

Di Sabah pada umumnya, reaksi orang ramai terhadap kejadian di Lahad Datu, merupakan kejadian terpencil,  dan tidak menganggu persepsi rakyat terhadap keupayaan pasukan keselamatan.

Pada umumnya, jarang betul rakyat Sabah membicarakan kejadian tersebut, dan ramai menganggap kejadian itu tidak menguggat keselamatan negeri secara umumnya.

Berlainan dengan anggapan para pembangkang yang mengapi-apikan kejadian di Lahad Datu itu, sehingga mereka sanggup menyebar berbagai pesanan fitnah dan bohong, untuk menimbulkan keresahan orang ramai.

Kg Tanduo merupakan kampung yang terpecil dan berdekatan dengan Tanjong Labian, di mana kawasan ini suatu ketika hangat dibicarakan kerana pernah dipohon oleh seseorang kenamaan.

Memandangkan jauhnya daripada bandar dan perkampungan yang berpenghuni ramai, maka kejadian di Kg Tanduo akan mudah diatasi oleh pasukan keselamatan, dengan cara mengepung kawasan itu.

Bagi penceroboh yang memanggil diri mereka sebagai Tentera Sulu yang disertai seorang pewaris kesultanan sulu yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Filipina, mereka tiada jalan lain, mereka perlu keluar daripada kawasan itu. Secara ketenteraan, maka tidak akan mampu bertahan berdepan dengan pasukan ATM yang mengepung kawasan itu, di mana jumlah berkali lipat berbanding mereka.

Kecualilah penceroboh itu memang telah memutuskan untuk mati di Kampung itu, agar supaya, pewaris lain yang masih ada di Filipina menggunakan sebagai bukti tuntutan di Tribunal Antarabangsa berhubung tuntutan mereka terhadap Sabah.

Walaupun kerajaan Filipina telah "dormant"kan tuntutan terhadap Sabah, namun dalam perlembangaan negara itu, belum sepenuhnya digugurkan.

Hingga kini kerajaan Malaysia masih membayar sewa tahunan sebanyak RM5,300 kepada pewaris kesultanan sulu.

Pada malam 12 Februari lalu, gerombolan seramai 100 orang telah tiba ke Lahad Datu, dalam Misi Pulang Kampung dan disamping itu kononnya mahu memuktamadkan suatu perjanjian penting.

Pihak polis ada memberi kenyataan sebelum ini, bahawa gerombolan itu mahu berjumpa seseorang personaliti, namun tidak diumumkan siapa personaliti itu.

Di Sabah umum mengetahui bahawa seseorang yang bernama Datu Omar Ali bin Datu Bactiyal adalah seseorang yang mewakili kesultanan sulu, dan dikhabarkan bahawa beliau sedang sakit. Siapa kah personaliti yang ingin ditemui penceroboh itu? apa kah Omar Ali? hanya pihak polis mengetahuinya.

1 comment:

Belia Bangkit said...

Salam Perjuangan!!!

Harap dapat dilinkkan blog BB ini di blog tuan.

http://beliabangkit.blogspot.com/

Tqvm

Blog Archive