Tuesday, February 26, 2013

Terkini Tentera Sulu Di Lahad Datu: Mati atau Berjaya-Itulah pendirian mereka

MALAM ini berakhir tempoh 72 jam masa yang diberikan oleh Pasukan keselamatan negara agar penceroboh yang berjumlah lebih 100 orang  bersama lima wanita serta 20 orang bersersenjata meninggalkan Kg Tanduo satu perkampungan di tepi pantai, 130 km daripada Bandar Lahad Datu.

Namun yang membimbangkan usaha pengusiran itu adalah pendirian Ketua penceroboh itu  Rajah Muda Agbimuddin Kiram yang menyatakan semalam melalui pesanan radio di Manila, bahawa kumpulannya tidak akan berganjak dari perkampungan itu, dan mahu berdepan dengan risiko tindakan ketenteraan daripada pasukan keselamatan Malaysia.

MATI ATAU BERJAYA demikian kata Kiram, kerana menurutnya mereka menuntut tanah warisan mereka, tanah tumpah darah nenek moyang mereka.

Pihak pasukan Polis Malaysia melalui kenyataan Persurujaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam, bahawa pihak polis sedang melakukan persiapan akhir sebelum bertindak menguatkuasakan undang-undang negara.

Polis juga menyatakan bahawa rundingan sudah tamat, ertinya jalan penyelesaian untuk mengkuasakan undang-undang adalah melalui tindakan ketenteraan.

Pihak Filipina telahpun menghantar sebuah kapal kemanusian yang membawa pekerja sukarela dan pasukan perubatan sebagai berjaga-jaga untuk membawa balik kumpulan penceroboh itu samada mati atau hidup.

Jika tindakan ketenteraan akan dilaksanakan, sudah pasti terdapatnya korban nyawa daripada kedua belah pihak, namun berasaskan persiapan kepungan pasukan keselamatan negara, pihak akan menanggung risiko kematian yang bakal ramai adalah daripada pihak penceroboh.

Bagi pasukan keselamatan negara tiada jalan keluar lagi, kecuali tindakan ketenteraan, jika penceroboh itu berdegil.

Sementara itu laporan dari Manila, Presiden Filipina merayu kepada Sultan Kiram, agar meminta penceroboh itu keluar daripada Kg Tanduo, jika tidak mereka akan berdepan dengan penguatkuasaan undang-undang.

No comments:

Blog Archive