Wednesday, February 27, 2013

Terkini: Tentera Sulu Di Kg Tanduo-12 Jam Dari sekarang-Masa2 Genting

PIHAK pasukan keselamatan negara bersiap sedia menamatkan pencerobohan lebih 100 orang tentera sulu di Kg Tanduo Lahad Datu yang diketuai oleh adik Sultan Jamalul Kiram III, Rajah Muda Agbimuddin Kiram.

Sejak semalam, Timbalan Ketua Polis Negara-Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berada di Lahad Datu, untuk mengetuai operasi penamatan pencerobohan tentera sulu itu.

Laporan diterima dari berbagai pihak menyatakan, bahawa kumpulan itu enggan meninggalkan kawasan di mana mereka berkampung, dan menolak rayuan Presiden Filipina untuk pulang secara selamat ke Filipina.

Kumpulan itu bersedia diserang dan menurut Agbimuddin hanya Sultan Kiram yang boleh mempengaruhi kumpulannya untuk beredar daripada tanah Sabah.

Masa 12 jam daripada sekarang adalah masa-masa krtikal, kerana pihak pasukan keselamatan negara hanya menunggu arahan untuk bertindak.

Apa yang berlaku mulai sekarang sehingga tengah malam ini, di mana tempoh terakhir diberikan kepada penceroboh itu untuk meninggalkan tanah Sabah. sama-sama kita tunggu.

2 comments:

Anaksi A. said...

moga semua pasukn keselamatn kita akan dilindungi ALLAH swt dan dapat tamatkn pencrobohn itu dgn mudah.

dan aku minta, jika ada tawanan, jangan hantar pulang!!!!
jangan hantar pulang!!!!

dakwa mereka ikut undang2 negara kita. biar mrk masuk penjara!!!!

Unknown said...

Berlembut buat apa dengan puak ini.

Blog Archive