Latest News

Tentera Sulu di Lahad Datu: Hingga kini belum ada apa2 Perkembangan

MESKIPUN Kapal Tentera Filipina sudah berlabuh di luar Perairan Sabah, untuk tujuan membawa balik lebih 100 penceroboh dan lima wanita yang kini berkampung di Kg Tanduo Lahad Datu, namun sehingga kini belum ada apa-apa perkembangan muthakir.

Persuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang kini berada di lokasi, belum membuat apa-apa kenyataan berkaitan proses pengusiran penceroboh itu.

Setiba di Lahad Datu pagi tadi, Persurujaya Polis Sabah itu sempat menafikan berlakunya tembakan sehingga mengorbankan dua pemimpin penceroboh. 

Kerajaan Malaysia sebenarnya hanya memberi tempoh 48 jam yang berakhir tengah malam tadi bagi penceroboh meninggalkan kampung Tanduo, namun hingga kini berlarutan.

Kerajaan Filipina ada meminta kerajaan Malaysia agar melanjutkan pengusiran itu sehingga selasa malam, untuk memberi peluang kepada mereka memujuk pewaris Sultan Sulu, agar meminta kumpulan mereka pulang ke Filipina.

Apa yang berlaku seterusnya, tempoh 24 jam dari sekarang merupakan masa-masa yang sangat kritikal bagi penceroboh dan juga pasukan keselamtan negara.

0 Response to "Tentera Sulu di Lahad Datu: Hingga kini belum ada apa2 Perkembangan"

Blog Archive