Monday, February 25, 2013

PR belum sepakat siapa bakal PM..Nak Buat Kejutan

BAKAL PM kejutan? demikian pengakhir kepada majlis pelancaran manifesto PR "Pakatan Harapan Rakyat" di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.

Kalau lah demikian, Anwar Ibrahim bukanlah pilihan pakatan. Pemimpin yang berura-ura sebelum ini adalah Presiden Pas Datuk Haji Hadi Awang, malah Setiausaha Agung DAPpun Lim Guan Eng mempunyai hasrat menyandang jawatan no 1 dalam negara itu.

Desas desus juga, kononnya pakatan tiga parti itu berura-ura menggait KULI daripada Umno untuk menyandang jawatan itu, kerana faktor kekanan dalam arena politik dalam negara. Tiada yang pelik dalam politik, lagipun undang-undang membolehkan pertukaran parti.

Kalaulah Anwar bukan pilihan Pakatan, maka kepunanan lagi lah De Facto Leader PKR itu. Mungkin, Anwar dilantik sebagai menteri Mentor seperti mana jawatan Lee Kuan Yew di Singapura.

Kepada penyokong Anwar, perlu mengambil iktibar kepada ketetapan pakatan hari ini, apabila enggan menamakan bakal Perdana Menteri; sedangkan Anwar sejak tahun 1998, menginginkan jawatan itu, malah penyokong Anwar sudah membuat risalah WE LOVE NEW PM ANWAR.

Apakah muslihat para pemimpin pakatan? terutama daripada PAS? yang mengunci mulut berhubung jawatan Perdana Menteri.

Jika Anwar tidak dipilih Pas, mungkin ada sebab musabab, kerana Pas tidak akan berketuakan pemimpin yang mempunyai rekod moral; mungkin faktor inilah yang menyebabkan Anwar tidak diminati oleh kalangan pemimpin Pas. 

No comments:

Blog Archive