Thursday, February 07, 2013

Mantan Tahanan ISA Yazid Sufat ditahan semula

Polis hari ini menahan semula seorang bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) kerana disyaki "mempromosi kegiatan keganasan".

Peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata, alasan penahanan itu diberitahu seorang pegawai polis yang terlibat dalam operasi penahanan Yazid di bangunan kompleks mahkamah Jalan Duta hari ini.

Fadiah berkata, beliau secara kebetulan berada di situketika kira-kira 15 orang anggota polis bertindak menahan Yazid, yang mengusahakan satu gerai makanan di kafeteria tersebut.

Turut ditahan dalam operasi pada kira-kira jam 12.30, tersebut ialah seorang pekerja Yazid, Muhammad Hilmi Hafim, yang berusia lingkungan 30-an, kata Fadiah.

Kedua-dua mereka merupakan individu pertama yang dikenakan tindakan mengikut akta baru tersebut.

Peruntukan berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk menahan kedua-dua individu tersebut selama 48 jam tanpa bantuan guaman.

No comments:

Blog Archive