Thursday, February 07, 2013

Apa untungnya pemimpin Umno membela Nasharudin Mat Isa?

APA untungnya pemimpin Umno membela Ustaz Nasharudin Mat Isa? yang dipecat daripada Majlis Syura Pas pada 13 Januari lalu.

Apa kah kerana kenyataan mantan Timbalan Presiden Pas itu yang meminta agar Pas mengkaji kedudukan kerjasamanya dengan DAP dan PKR?

AYT masih ingat semasa ucapan penggulungan Presiden Umno pada Persidangan Umno Disember lalu, dengan nyata dan terang Presiden Umno Datuk Najib Tun Razak sungguh yakin bahawa Umno dan Bn akan menang dalam pilihanraya ke-13, kerana Umno dan Bn semakin kuat, manakala pembangkang tiada kemampuan untuk mengalahkan gabungan 14 buah part itu.

Melihat kepada kenyataan Presiden Umno dan Pengerusi Bn itu, adalah jelas, perbuatan membela mati-matian pemimpin pembangkang seperti Ustaz Nasharuddin tidak kena pada tempatnya, apatah lagi mantan MP Bachok Kelantan itu masih mempertahankan keahilannya dalam parti Pas.

Nasharuddin hanya dipecat daripada Majlis Syura Pas, badan tertinggi parti itu, akan tetapi tidak daripada parti itu. Maknanya, beliau masih merupakan pemimpin pembangkang yang cuba mengalahkan Umno dan Bn pada PRU-13 akan datang.

Kenapa pemimpin Umno menghabiskan masa dan tenaga membela pemimpin pembangkang? apakah melalui pembelaan itu, maka Umno akan mendapat keuntungan? kalau ada keuntungan daripada segi apa? undi? berapa peratus kah jumlah undi yang mampu diberikan oleh Ustaz Nasha? kepada calon-calon Umno/Bn?

Adalah lebih baik para pemimpin Umno dan Bn menumpuhkan kepada jentera-jentera parti di segenap lapisan, daripada akar umbi, Pusat Daerah Mengundi, bahagian dan "war room" dan meneliti dengan sejelas-jelas kelemahan-kelemahan yang ada.

AYT masih ragu, apa kah jentera Umno/Bn sudah siap "lepas landas" berdepan dengan PRU-13?, kerana masih kedengaran di sana sini ada kekekangn-kekekangan tertentu yang dihadapi, dan masalah-masalah tertentu yang belum beres, namun dianggap oleh sebahagian pemimpin sebagai masalah remeh.

Para pemimpin Bn perlu ingat, kejatuhan Kerajaan Tunisia pada tahun 2011, hanya angkara remeh, iaitu seorang pemuda membakar dirinya kerana masalah mendapatkan gerai untuk berdagang.

Jangan ambil mudah perkara remeh, terutama yang berpunca daripada akar umbi, kerana jumlah  pengundi yang teramai adalah daripada golongan ini.

Jika para pemimpin Umno membela Ustaz Nasha kerana desakannya supaya Pas bersendirian dalam PRU-13, disebabkan menurut rekod pilihanraya, apabila Pas bersendirian, maka jumlah kerusi yang dimenangi Parti itu jauh lebih sedikit berbanding kalau berkerjasama dengan parti-parti pembangkang lain; maka adalah pembelaan yang silap, kerana Pas menyedari, apabila bersendirin, maka parti itu tiada kapasiti menang banyak kerusi.

Para pemimpin Pas tahu melalui hanya melalui kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, setidak-tidaknya parti itu pernah menang di Terengganu pada tahun 1999 dan gagal mempertahankan kemenangan itu pada PRU-2004 apabila barisan alternatif pecah.

Berasaskan kepada rekod itulah, para pemimpin Pas tidak mengira apakah perlu mengorbankan asas perjuangan, asalkan menang kerusi banyak. Bagi mereka, tiada guna mempertahankan pilar perjuangan, namun kalah dalam pilihanraya.

Sepatutnya para pemimpin Bn mengantisipasi pendirian para pemimpin Pas itu terutama Nik Aziz dan Hadi Awang, kerana kedua-dua pemimpin itu tidak mempunyai masa lagi berjuang dalam beberapa pilihanraya akan datang, kerana faktor usia. Bagi mereka, inilah masanya ALL OUT, kalau untung batu tenggalam, kalau untung sabut timbul.

Bagi AYT, syogianya para pemimpin Bn/Umno menumpukan sepenuh tenaga kepada parti masing-masing, bergerak satu haluan dengan semua pemimpin komponen, lupakan kelibat para pemimpin pembangkang.. tunjukkan bahawa pimpinan Bn/umno jauh lebih baik dalam membangun negara dan membela rakyat.

No comments:

Blog Archive