Tuesday, July 31, 2012

BBM Eksekutif TV9-mungkin punca pembunuhan?

Apakah BBM terakhir mangsa yang berbunyi "Sabarlah Duhai hati" merupakan punca mangsa "terbunuh"?

Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota trdekat (dipercayai suami mangsa) di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata

Monday, July 30, 2012

Politik Sabah Berkocak Lagi

POLITIK Sabah berkocak lagi, selepas sahaja PRU-12, politik Sabah diwarnai oleh keluarnya SAPP pimpinan Yong Teck Lee, dengan alasan yang diberikan tidak YAKIN lagi dengan kempimpinan Perdana Menteri masa itu- Tun Ahmad Abdullah Badawi.

Selepas itu, keluarnya  Naib Presiden Parti LDP- Peter Phang-namun tetap bersama BN dan kemudian menyertai Parti Gerakan Malaysia.

Politik Sabah terus berkocak dalam cawan, apabila Timbalan Presiden LDP menyatakan secara terbuka tidak boleh lagi berkerjasama dengan Ketua Menteri Sabah-Musa Aman; namun persengetaan itu, hilang begitu sahaja, dan akhirnya berdamai.

Bermula tahun lepas, Lajim pula bersama Bumburing, bertindak seperti pembangkang dalam BN, kononnya tindakan mereka itu selaras dengan desakan akar umbi penyokong mereka.

Bermula dari masa itu, tindak tanduk Lajim dan Bumburing secara terus menerus dicurigai, kerana, peluang yang diberikan oleh pucuk pimpinan untuk berbincang bagi menyelesaikan unek-unek dalam hati kedua-dua mereka, tidak digunakan, akan tetapi tindakan mereka secara terbuka secara terus menerus menjadi-jadi.

Berasaskan itu, maka kebanyakan pemimpin BN dan penyokongnya, tinggal tunggu masa saja, kedua-duanya akan keluar BN.

Masa yang ditunggu-tunggu itu sampai juga; pada Sabtu Lajim mengumumkan meletakan semua jawatan parti, akan tetapi kekal sebagai ahli Umno dan jawatan Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan.
 
Sehingga tulisan ini ditulis,belum ada pengumunan daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung kedudukan Lajim dalam kabinet, di mana semalam diumumkan bahawa PM akan membuat keputusan hari ini (isnin).

Semasa mengumukan perletakan jawatan Lajim turut mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Pada hari berikutnya pula, Bumburing mengumumkan keluar BN akan tetapi tetap sebagai ahli UPKO dan turut menubuhkan Angakatan Perubahan Sabah (APS); kedua-dua pertubuhan yang diumumkan Lajim dan Bumburing adalah mesra Pakatan Rakyat.

Melalui tindakan Lajim dan Bumburing, politik Sabah berkocak lagi, namun kali ini kocakannya sudah tumpah dari cawan.

Apa kah perkembangan politik Sabah ini mencerncat gelaran kepada Sabah sebagai "Fixed Deposit" BN, sama-sama kita lihat bagaimana Datuk Musa Aman mengatur strategi untuk mengatasinya.

Tindakan Lajim-Bumburung: Pemimpin KDM Sabah membisu

SETAKAT ini hanya pemimpin bumiputera islam yang memberi kenyataan berhubung tindakan Lajim dan Bumburung keluar BN.
'
Manakala pemimpin KDM terus membisu termasuk Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Pemimpin KDM daripada komponen BN misalnya Tan Sri Pairin Kitingan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Kurup daripada PBRS dan pemimpin KDM daripada Umno seperti Datuk Rubin Balang, Datuk Masidi Manjun masih membisu.

Apakah ada sesuatu yang berlaku? apakah keadaan ini, ada kaitan dengan sejarah politik Sabah masa silam, umpamanya, zaman kejatuhan Usno tahun 1976 dan kejatuhan Parti Berjaya tahun 1985?

Sejarah politik Sabah cukup akrab dengan masalah individu- tahun 1976-isu Syed Kechik dan Tun Mustapha; tahun 1985 isu Tan Sri Pairin kitingan; manakala tahun 1994, lebih berpusat kepada hubungan kaum dan agama.

Kembali kepada perubahan pucuk pimpinan Sabah, sebenarnya setiap 9 tahun ada perubahan pucuk pimpinan, namun kebiasaan itu tidak berlaku sejak tahun 2003.

Mungkin berasaskan sejarah itulah; Datuk Lajim mengambil keputusan, bahawa penyebab utamanya beliau keluar daripada BN kerana faktor Ketua Menteri-Datuk Musa Aman.

Telah menjadi buah mulut, bahawa Lajim memberi kata dua kepada Perdana Menteri agar memastikan agar Musa tidak dilantik lagi sebagai Ketua Menteri, untuk membolehkan beliau tetap dalam BN.

"Feud" antara Lajim dan Musa bermula sejak awal tahun 2003, sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri ke-13 Sabah. Pada masa itu, Lajim dan beberapa pemimpin mencuba mendesak mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir, agar melantik sesiapa sahaja daripada kalangan mereka, asalkan bukan Musa Aman (ABMA).

Kini Lajim menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) mesra Pakatan Rakyat; sementara Bumburing menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) juga mesra Pakatan Rakyat.

Sepatutnya Lajim letak jawatan Timbalan Menteri demi maruah: ZulKulim

WAKIL Rakyat bebas Datuk Zulkifili Noordin berpandangan Datuk Seri Lajim Ukim oerlu melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan serta sebagai ahli Umno. 

Zulkifli Noordin yang Naib Presiden PERKASA,berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. 


"Kita hormati keputusan beliau dengan semangat demokrasi dan hak dia untuk memilih wadah perjuangan dia. Dalam waktu yang sama, demokrasi juga mewajibkan Datuk Lajim untuk meletakkan jawatan kerana itu juga prinsip demokrasi. 

"Dan hak perdana menteri untuk memilih dan tentukan siapa ahli kabinetnya. Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi. 

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu. 

Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Sementara itu di Kota Kinbalu pada Ahad, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung kedudukan Lajim sebagai ahli Umno. Manakala Bumburing pula, Musa menyerahkan kepada pucuk pimpinan Upko.

Sunday, July 29, 2012

Sandiwara Lajim-Bumburing berakhir: Rahman Dahalan

Akhirnya Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan merapatkan diri dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun BN Sabah merasa "sedih" dan "kesal' dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respon yang saya dapati dari kalanga ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan. Lega kerana satu episod lambaian "bye-bye" politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir.

Dalam Twitter saya berjenaka, "sukan olimpik baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!"

Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara. Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka.

Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan perletakan jawatannya dalam UMNO akan memberi tamparan hebat kepada BN. Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan populariti tersebut. Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort. Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

Membaca komen-komen dalam garisan masa Facebook saya, ramai yang menjangkakan akan berlaku pergolakan di dalam Pakatan Rakyat Sabah dalam masa yang terdekat ini. Lajim, kata mereka, sudah tentu akan menuntut tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. Tujuannya ialah untuk memastikan tidak ada tentangan dari dalaman bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

Persoalannya bagaimaan pula dengan pemimpin awal dan veteren Pakatan Sabah yang selama ini berhempas pulas dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk berjuang di dalam Pakatan sejak 1998. Bagaimana perasaan mereka jika ada orang luar dari parti mereka masuk dan diangkat menjadi pemimpin dan menentukan dasar-dasar parti tanpa individu-individu ini melalui pfoses pengorbanan yang perit dalam Pakatan? Sudah tentu mereka akan tidak berpuas hati dan akan menunjukkan protes mereka. Kita tunggu dan lihat samada telaan itu benar atau tidak.

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk membawa satu fakta yang menarik mengenai UMNO. Ada yang hairna kenapa UMNO mampu bertahan lebih 70 tahun walaupun dalam sejarahnya ramai pemimpin kecil dan besar bertindak keluar parti, meletak jawatan atau bersara. Ada beberapa sebab.

Pertamanya UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli UMNO mendokong UMNO kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam UMNO. Berlainan dengan Pakatan rakyat. Padamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kepimpinan Pakatan, Pakatan akan mengalami krisis kepimpinan yang kronik. Pakatan adalah berasaskan individu bukannya kepada perjuangan.

Keduanya, struktur hierarki atau tatatingkat UMNO diolah sebegitu rupa untuk tidak terganggu gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti. Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai UMNO contohnya Supreme Council, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap dilihat sebagai redundant atau berlebihan. Tetapi sebenarnya itulah yang menjadi kekuatan UMNO kerana jika ada seorang pemimpin berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan struktur parti secara keseluruhan masih kekal. Bagi Pakatan, oleh kerana kepetahannya bercakap dan aura sebagai penceramah, Anwar Ibrahim bercakap terus dengan ahli partinya tanpa perlu sistem Cabang, Negeri dan Pusat. Ini menyebabkan kurang pengikhtirafan penghormatan kepada sistem Cabang, Negeri dan Pusat mereka.

Ketiga, UMNO bukan parti bermusim. Jentera UMNO sentiasa berada dalam kaedah "berjaga-jaga" sepanjang tahun. Selain daripada mesyuarat dan aktiviti, jentera UMNO didedahkan kepada latihan strategi dan perancangan sepanjang masa. Tambahan pula pilihanraya kecil yang sering berlaku juga menjadi tempat latihan terbaik untuk jentera UMNO. Dengan aktiviti sepanjang tahun sebegini, UMNO sebagai sebuah jentera politik sentiasa di dalam keadaan terbaik sepanjang tahun dan boleh diaktifkan bila-bila masa. Sudah tentu, bila ada wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO meninggalkan parti, jentera UMNO masih kukuh dan efektif.

Itu beza UMNO dari yang lain.

Nota: Saya akan memberi komen kepada isu-isu dasar yang dibawa oleh Lajim dan Bumburing dalam posting yang akan datang.

LOGO Merdeka 2012: Kerajaan mengalah



Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.

Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.

Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".

Dengki merupakan perjuangan Pakatan Pembangkang: Nazri

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan keputusan PAS terhadap pelaksanaan hukum hudud yang ditentang DAP menunjukkan kerjasama dalam pakatan pembangkang sebenarnya tidak ikhlas dan hanya bertujuan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata pakatan pembangkang hanya mempunyai perasaan hasad dengki untuk menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang dan bukan bertujuan menubuhkan kerajaan untuk menguruskan hal-hal rakyat.

"Pakatan yang dimaksudkan mereka ini sebenarnya bukan pakatan yang kukuh...malah mereka hanya berpakat untuk menjatuhkan BN dan mereka bukan mahu meletakkan kepentingan dalam memajukan rakyat," katanya pada satu majlis Di Padang Rengas, Perak pada Sabtu.

Mohamed Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam yang mengulangi pendirian parti itu akan memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Saturday, July 28, 2012

Hudud: Tamparan kepada PAS lagi- Karpal tetap tentang Hudud

DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.

“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.

“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.

“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Friday, July 27, 2012

Mode PRU-13 semakin menipis

SEJAK Tahun lepas, PRU-13 terus dibicarakan. Anwar dengan penuh yakin bulan Ogos-2011 ada lahmasanya. Sebahagian pula yakin 11-11-11 adalah masanya. Apabila semua tekaan itu meleset, maka dispekulasi pula bulan Jun-2012, akhirnya meleset. Kini dispekulasikan pula masa bulan Haji atau November, selepas Bajet 2013 dibentangkan.

Terbaru Majlis Profesor Negara (MPN) pula berpendapat, sebaiknya PRU-13 sebaiknya diadakan tahun depan. Tempoh Dewan Rakyat yang ada akan berakhir secara automatik pada April-2013.

"Drag on" tarkih PRU-13 mengakibatkan mode pilihanraya semakin menipis. Kegahiraan menghadapi PRU itu semakin hilang.

Mungkin, adalah strategi Najib untuk menimbulkan kebosanan tentang pilihanraya, atas sebab itu tarikh pilihanraya ke-13 tidak kunjung tiba.

Selain itu, PM ke-6 itu juga mahu melengkapkan perkhidmatan empat tahunnya sebagai Perdana Menteri, kerana semua Perdana Menteri sebelum ini, memanggil pilihanraya apabila usia jawatannya cukup empat tahun.

Juga dengan berlarutannya PRU-13, Najib akan mengetahui para pemimpin yang setia kepada perjuangan. 

Akibat memperlambat tarikh PRU-13, maka pemimpin seperti Datuk Lajim Haji Ukin serta Datuk Welfred Mojilip Bumburing sudah terserlah, apabila unek-unek dihati mereka terburai, dan memutuskan untuk keluar daripada BN.

Memperlambat tarikh Pilihanraya punya kebaikan kepada kerajaan, kerana apa sahaja yang dirancang dapat dinikmati oleh rakyat. Untuk itu, rakyat yang bijaksana akan memberi pertimbangan yang wajar siapa yang mereka undi semasa pilihanraya.

Kerajaan BN kini, telah berusaha memenuhi semua janji-janji kepada rakyat melalui program JANJI DITEPATI sehinggakan pembangkang begitu gusar dengan pendekatan itu.

Percayalah semakin lambatnya tarikh pilihanraya, maka kegahiran menghadapinya semakin menipis, oleh itu, rakyat akan terdedah kepada keputusan yang waras dan betul, kerana tidak dipengaruhi oleh emosi.

Emosi yang meluap-luap berkecenderungan seseorang itu tersalah pilih- sebenarnya ini yang dielakkan oleh DS Najib. Fikir-fikirkanlah.

Thursday, July 26, 2012

Amboi senangnya kata Dr M diktator

Oleh YUSOF HARUN- Tersiar di Sinar Harian 26 Julai 2012
WALAUPUN benar, lebih 22 tahun lamanya Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr M) memperjuangkan nasib orang Melayu menerusi kedudukannya selaku Presiden tetapi beliau tidak memimpin Umno sebagaimana Adolf Hitler memimpin Third Reich. 

Dr M berusaha untuk membangunkan nasib orang Melayu yang tercicir di tanah airnya sendiri tetapi beliau tidak pernah dalam mana-mana ucapannya menganjurkan agar bangsa Melayu menjadi bangsa agung untuk seribu tahun akan datang sebagaimana Hitler mahukan bangsa Aryan (Jerman).

Di Sukan Komanwel XVI Kuala Lumpur 1998, Dr M hanya tersenyum ikhlas apabila atlet negara peserta lain berdiri di atas rostrum dan dikalungkan pingat. Malah beliau mendapat penghormatan standing ovation setiap kali kedatangannya diumumkan dan turut bersalaman dengan pemenang. Ini berbeza dengan Hitler yang enggan bersalaman dengan Jesse Owens, pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Sukan Olimpik Musim Panas Berlin 1936.

Seingat saya, Dr M tidak pernah memanggil Watson Nyambek ke pejabatnya dan memaksa pelari pecut negara itu supaya mesti menang pingat emas sebagaimana yang Hitler lakukan ke atas atlet Jerman ketika itu bagi memastikan bangsa Aryan adalah bangsa yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini.

Walaupun acap kali Dr M menyebut bagaimana bangsa Melayu teraniaya sejak lebih 400 tahun dulu namun tidak ada peristiwa Holocaust berlaku sama ada ketika pemerintahannya. 

Sebelum Hitler berkuasa, pendatang dan pemastautin Yahudi di Jerman menguasai ekonomi negara itu. Mereka juga mengakibatkan rakyat bangsa Jerman menghadapi pelbagai masalah di tanah air mereka sendiri. Justeru, Holocaust atau penghapusan penduduk Yahudi dalam relau gas, dalam kata-kata Hitler sendiri, The final solution to the Jewish problems.

Justeru, bagi sebilangan rakyat Malaysia yang mengatakan Dr M adalah diktator, adalah ibarat anjing yang menggigit tangan tuan yang memberikan mereka makan.

Sepatutnya, setelah dilabel ultra Melayu oleh mantan PM Singapura Lee Kuan Yew di Dewan Parlimen pada 1963, Dr M menyarung uniform tentera dan bertindak sebagai diktator tulen sebagaimana Hitler sebaik sahaja dilantik menjadi PM pada 1981.

Namun, hal ini tidak berlaku. Sebaliknya, orang bukan Melayu sendiri merasakan label ultra Melayu yang cuba dilekatkan ke atas diri beliau jauh tersasar. Dr M melayan tuntutan daripada kaum lain sekiranya ia adalah munasabah dan bermanfaat kepada rakyat umumnya.

Bermula daripada perakam waktu dan penyeragaman masa, Semenanjung dan Sabah dan Sarawak sehinggalah terbinanya pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya, adalah hasil sumbangan idea dan usaha gigih beliau untuk rakyat Malaysia selama tempoh 22 tahun itu. 

Saya berani katakan rata-rata rakyat di negara ini menerima manfaat daripada apa yang beliau lakukan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, sistem tren aliran ringan (LRT), Litar Antarabangsa Sepang dan Astro. 

Untuk melaksanakan semua ini Dr M perlu bersikap tegas dan mengambil tahu dalam semua perkara, di samping memastikan semua yang dilakukan perlu mengikuti spesifikasi dan menurut apa yang dipersetujui. Sikap berdolak-dalik tidak ada dalam kamusnya.

Ketegasan dan kediktatoran adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Dr M mengambil sikap diktator, maka kita tidak akan melihat roda Proton Preve tertanggal pada hari pelancaran. Malah kita akan dapat melihat bagaimana Proton ditransformasikan sehingga menjadi Ferrari atau Mercedes Benz. 

Ini kerana apabila Enzo Ferrari memutuskan untuk mengeluarkan kereta maka beliau mengaplikasikan budaya National Facsist Party di bawah pimpinan diktator Benito Mussuolini yang mengutamakan semangat nasionalisme Itali. Ferrari adalah lambang kemegahan Itali.

Pernahkah anda melihat bagaimana peminat rakyat Itali seolah-olah bersolat bertikarkan bendera negara tersebut setiap kali kereta Ferrari menang perlumbaan Formula 1.

Begitu juga dengan Daimler-Benz yang membuka kilang kereta tertua di dunia dengan jenama Mercedes Benz. Semangat kesempurnaan yang mencerminkan keagungan bangsa Aryan sebagaimana yang ditanamkan Hitler terus hidup ke hari ini.

Oleh itu, tidak adil untuk melabelkan Dr M sebagai seorang diktator dan ini membuktikan kedangkalan mereka memahami apa dan siapakah sebenarnya yang dikatakan diktator. 

Benar, seorang diktator ada kalanya muncul dalam sesebuah negara yang bertopengkan demokrasi dan mengamalkan pemerintahan autoritarian atau kuku besi dan membunuh rakyat sendiri seperti dilakukan Shah Iran, Hosni Mubarak dan beberapa lagi. 

Mereka juga meminda undang-undang tempoh mengadakan pilihan raya dan lebih kerap memenjarakan pemimpin politik pembangkang atau menafikan mereka daripada menjadi calon.

Tanyalah pada diri sendiri, apakah Dr M melakukan semua ini? Sekiranya Dr M seorang diktator dalam bentuk yang cuba digambarkan, saya yakin tiadalah orang macam Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Apa hubungan Gani dengan Ho Hup?

APA hubungan Tan Sri Gani Patail dengan Ho Hup Bhd, sehingga syarikat itu mendakwa membayar RM18,000 kos kerja elektrikal pada satu banglo di Seremban?

Mantan Pengarah Urusan Ho Hup Bhd, Datuk Low Tuck Choy,54 membuat laporan polis pada 20 julai, dengan mendakwa bahawa SPRM perlu menyiasat Gani, atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan ada unsur rasuah.

Pada 26 Jun lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew memberitahu parlimen, bahawa SPRM masih sedang menimbangkan kemungkinan untuk menyiasat dakwaan bahawa Abdul Gani telah menerima rasuah daripada satu firma pembinaan.

Adalah diharapkan isu ini diselesaikan dengan segera, jika tidak; ianya akan membawa prespsi buruk kepada kerajaan, terutamanya usaha membenteras rasuah.

Pasti Anwar demam membaca laporan ini

KUALA LUMPUR - Transformasi berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.

Menurutnya, melalui pecahan etnik, kepimpinan Najib juga semakin diterima dan terus mendapat sokongan iaitu 75 peratus Melayu, 69.6 peratus Cina, 71 peratus India , 85.5 peratus Iban dan 84.4 peratus bagi Bumiputera Sabah Sarawak.

Jelasnya, populariti Najib itu disokong dengan pendekatan model magnet yang bersifat populis dan praktikal.

“Dengan menggunakan pendekatan model magnet, penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, internet dan sebagainya mendekatkan beliau dengan rakyat.

“Selain itu, transformasi Najib memperkenalkan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian di utamakan; Model Baru Ekonomi; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Rumah Pertamaku dan sebagainya lagi sedikit sebanyak memberi prestasi yang mendorong peningkatan popularitinya,” katanya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Rundingan Meja Bulat PRU13:Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, semalam.

Katanya, dari 1,000 responden sekitar Lembah Klang, pada keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus memilih Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan 37.5 peratus antaranya bersetuju BN akan menang dua pertiga majoriti dan 32.1 peratus lagi memilih BN akan menang majoriti mudah.

Menurut Fuad lagi, secara purata, 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib.

“Barisan Nasional (BN) juga mendapat keyakinan tinggi dalam mengurus pembangunan sosio ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Fuad berkata, melalui hasil kajiannya, di kalangan tokoh kepimpinan negeri, prestasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 'min' yang paling rendah.

Katanya lagi, 55 peratus responden tidak yakin Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dapat menyelesakan pelbagai masalah termasuk isu murtad, kebajikan, sosial dan sebagainya.

“Ramai di kalangan responden juga menyatakan pembangunan yang dirancang di Selangor banyak merugikan kaum Melayu dari aspek partisipasi dan pemilikan.

“Sebagai contoh, kawasan pembangunan dan perumahan mewah, ia kelihatan adil, tetapi merugikan kaum Melayu yang tidak berkemampuan,” katanya.

Sementara itu, melalui kajiannya di Kedah, 51 peratus dari 10,800 responden yang diperoleh dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) menyatakan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas sebagai baik.

Katanya, responden juga menyatakan 68 peratus kepimpinan atau pentadbiran Pas di Kedah tidak cekap dan tidak efisien.

“(Seramai) 63 peratus responden bersetuju berlaku pergeseran dan ketidaksefahaman antara kepimpinan Pas dan dan hasil kajian juga menunjukkan 72.8 peratus menyatakan Pas kurang prihatin dengan dengan isu yang diutarakan oleh rakyat,” katanya.

Katanya, maklumat yang lebih menarik adalah, 33 peratus dari responden lebih tidak berpuas hati terhadap tahap politik di Kedah berbanding 25 peratus tidak berpuas hati di peringkat nasional. sumber: Sinar Harian

Wednesday, July 25, 2012

Mengapa Nik Aziz kembali laksanakan Hudud?

Nik Aziz mendapati, selepas PAS menguggurkan konsep islam kepada negara berkebajikan, sokongan akar umbinya merundum. 

Melihat kepada keadaan itu, Nik Aziz bertegas pula untuk melaksanakan undang-undang Hudud, walaupun ditentang oleh DAP-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Kini, Nik Aziz menganalog hukum hudud dengan hukuman gantung. MB Kelantan itu memberi soalan kepada penentang hudud dalam Pakatan, mengapa mereka itu tidak menentang hukuman gantung?

Nik Aziz menyedari, bahawa perubahan konsep Pas hanya menguntungkan DAP, sehingga terlihat bahawa Pas menjadi kuda tunggangan DAP untuk mendapat sokongan orang islam.

Sebenarnya, kemenangan DAP dengan kerusi yang lebih berbanding PAS diperingkat parlimen adalah sokongan akar umbi Pas yang terdiri daripada orang islam dan melayu. Berasaskan itu, maka adalah bukti nyata bahawa Pas adalah tunggangan DAP.

Pas perlu sedar, bahawa keakrabannya dengan DAP tidak menguntungkan parti Nik Aziz itu, malah merugikan umat islam dan kaum melayu.

Melihat gelagat Nik Aziz dengan memaksa pelaksnaan hudud, nampaknya tindakan  itu adalah tindakan tidak langsung, bahawa beliau menyadari bahawa DAP hanya memperalatkan Pas untuk mendapat kuasa mengenepikan kekuasaan kaum yang berhak di bumi melayu.

Anwar's anti-homosexual hypocrisy

"While this might be a good vote-getting strategy in some parts of Malaysia, his claim shamefully runs completely contrary to the central principle of non-discrimination in international human rights law," was Robertson's rants against Anwar, picked up in a statement the HRW issued last week.

Azmi Anshar, NST

DATUK Seri Anwar Ibrahim has been busted again, playing both sides of the coin when he should have picked one and be done with it. But then, it's an Anwar speciality over the years he's been grating the public consciousness.

This time though, his duality -- this split personality meandering on human rights issues -- is his own doing, one that invited a stricture that, surprisingly, didn't bore from a Federal Government leader, backer or blogger.

It was unloaded by Human Rights Watch's (Asia division) Phil Robertson, an ally fuming at Anwar's doublespeak uttered during his revealing testimony in his lawsuit against Utusan Malaysia last week.

Responding to defence counsel's questions, Anwar the plaintiff explicitly agreed that homosexuals should be discriminated to protect the sanctity of marriage. Full stop? Not quite. It was not the point that Anwar wanted to make as he insisted that "archaic" laws should be reviewed to prevent punishment of the innocent.

Defence lawyer Datuk Firoz Hussein's question could not have been clearer: "Should we discriminate against homosexuals?" Firoz asked. "Yes" was Anwar's emphatic reply.

Anwar went on: "We don't give space to homosexuals and uphold the sanctity of marriage...the law must be crafted in a way we must believe the sanctity of marriage between a man and woman...we do not promote homosexuality."

Anwar had a partisan reflection when he articulated why Malaysia's anti-homosexual laws were "archaic", illustrating something that seemed "personal" when he intoned, "legislation to punish innocent people should not be condoned or tolerated".

When pressed to elaborate on why he considered existing laws against unnatural sex under Section 377 of the Penal Code to be "archaic", Anwar was more direct: "...because it is hardly used and only used for political reasons".

That's Anwar speciality, that ability to tie you up in literary knots even under oath. For the general populace, he wants homosexuals discriminated -- banned, barred, isolated or alienated -- yet he wants "archaic" laws governing the counter-culture to be reformed. Which is it?

Robertson wasn't having any of Anwar's nonsensical flip-flops, directly denouncing his anti-gay position as "shameful", "fundamentally wrong" while accusing him of playing politics with civil liberties.

"While this might be a good vote-getting strategy in some parts of Malaysia, his claim shamefully runs completely contrary to the central principle of non-discrimination in international human rights law," was Robertson's rants against Anwar, picked up in a statement the HRW issued last week.

Bang goes Anwar's carefully manufactured reputation as an international human rights advocate. The malarkey of his global pulpit, centred upon caressing his image in the likes of civil rights battlers Aung San Suu Kyi, is exposed as untenable when it comes to defending political self-preservation, especially his vested interest with Islamic allies Pas and a host of like-minded religious jurors.

To be sure, Robertson would just have imposed a similar judgment against the Federal Government, but there are diametric differences: whereas Anwar speaks with a forked tongue, the Barisan Nasional has consistently insisted that gays have no role to play in the mainstream.

To be plain, Anwar is a hypocrite (by Robertson's angry diatribe) and a liar (by the rants of disappointed supporters) as he speaks for the downtrodden before international audiences, but deserts them at home. On the other hand, the Federal Government opposes -- as representative of the moral/religious majority and a matter of national law/policy -- the LGBT (Lesbians Gays Bisexual Transgender) movement propelled by Bersih leader Datuk S. Ambiga.

Going by the consistency of his ironies and deceptions, Anwar wants to be a man of all seasons for everybody and if he trips on his convoluted political rhetoric, that's fine because in his mind, enough people have the required gullibility to believe in his "heartfelt" empathy.

Until someone like Robertson comes along to fiercely prick Anwar's hydrogen-inflated and moveable balloon.

Kajian UUM: Golongan Muda Kedah minat Mukhriz jadi MB

Kajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Satu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

"Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mampau menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.

"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.

Kajian itu dijalankan ke atas 10,800 orang rakyat Kedah di 36 DUN, yang sebahagian besarnya berusia antara 21 hingga 34 tahun.

PRU13: Kempen melalui Media bermula

NONE
Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September, satu kempen pilihan raya, melalui media telah bermula.

Bermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran TV utama.

Kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN.

Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah - dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.

Menurut laman peminat, kempen ini telah menerbitkan dua 
bahagian siri iklan dalam kesemua empat bahasa utama dalam akhbar-akhbar utama.

Bahagian kedua muncul dalam akhbar semalam, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Timesdan The Star.

Menurut iklan itu, mesej yang seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1, RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro AEC.

Pakatan Rakyat tidak akan mampu memerintah: KJ


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyifatkan perbezaan pendirian antara PAS dan DAP dalam pakatan pembangkang memberi mesej ketidakmampuan mereka mentadbir negara sekiranya mendapat peluang itu.

Beliau berkata perkara asas seperti soal perlembagaan, yang sepatutnya tidak menjadi masalah, dilihat masih menjadi isu kepada kedua-dua parti.

"Ini adalah peringatan atau 'reminder' kepada pengundi bahawa walaupun perkara asas, masih tidak ada persetujuan antara mereka (PAS dan DAP), dan bagi saya, ini boleh memudaratkan negara sekiranya mereka diberi peluang memerintah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur pada Selasa.

Khairy mengulas polemik terbaru antara PAS dan DAP, yang menyaksikan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan membuat kenyataan berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi mengenai hukum hudud, yang dinafikan Pengerusi DAP itu.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, Khairy berkata keputusan itu membuktikan sistem kehakiman negara adalah bebas.

"Kita hormati keputusan mahkamah, inilah sistem kehakiman Malaysia yang bebas, namun pembangkang sentiasa kata tidak bebas," katanya.

Tuesday, July 24, 2012

Trend Terkini: Kerajaan selalu kalah di Mahkamah

Tidak dapat dijabarkan lagi, berapa kali kerajaan kalah di mahkamah. Pun demikian, pembangkang masih lagi menuduh kerajaan masuk campur hal-hal mahkamah.

Kes liwat Anwar, pihak Peguam Negara kalah (Pihak AG telah buat rayuan) dan terkini, kerajaan kalah dalam Soal Bersih.

Mungkin, pembangkang akan berpuashati, kalau semua keputusan mahkamah memihak mereka... jika ini berlaku, maka barulah keadilan itu wujud. Renung-renungkan lah.




Lim Kit Siang mengacau di Kota Belud

Lim Kit Siang datang ke Kota Belud dan mampu menarik sekitar 300 kaum tionghua mendengar ceramahnya yang berbunyi antara lain:-
  • Pakatan bersiap sedia tawan Putrajaya.
  • BN takut pada PR, sebab itu Najib tidak berani bubar parlimen.
  • BN tidak mampu berceramah serentak dengan PR, kerana katanya ceramah BN tiada sambutan.
Hanya itu sahaja nak beritahu 300 kaum cina di Kota Belud... apa kah ceramah ini, mampu menggamit sokongan pengundi? Kota Belud mempunyai pengundi hampir 50,000 dan 99% adalah bumiputera. No way Kit Siang!!!!

Apakah Sabah masih Fixed Deposit BN?

Apabila keputusan PRU-12 diumumkan, BN Sabah hampir menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan, baik Parlimen mahupun Dewan undangan negeri.

Sabah mempunyai 25 Kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN. Daripada jumlah kerusi itu, BN menang 24 bagi parlimen dan 59 bagi DUN. (Sarawak menyumbang 30 kerusi Parlimen daripada 31- membuatkan BN secara keseluruhan menang 139-kurang 9 kerusi bagi kuasa 2/3).

Disebabkan kemampuan Sabah memberikan kerusi yang banyak kepada BN, maka kerajaan Pusat masih diperintah oleh BN. Sebagai perbandingan, BN Semenanjung hanya mendapat 85 kerusi berbanding Pembangkang 82 daripada 167 (satu kerusi bagi wilayah persekutuan Labuan) kerusi keseluruhan. 

Berasaskan kepada sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap BN, maka dua negeri di Kepulauan Borneo itu dicanang sebagai "Fixed Desposit BN".

Berasaskan kepada keputusan PRN Sarawak pada April, 2011- keupayaan Sarawak sebagai Fixed deposit mulai diragui. Kini pula, berasaskan perkembangan politik di Sabah, tag "Fixed despoit" bagi Sabah pula mulai diragui?

Biang kerok goncangnya politik Sabah apabila AMT Umno merangkap MP Beaufort dan Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan- Datuk Lajim Haji Ukin, bertindak melakukan tindakan seperti pembangkang, dengan harapan dipecat daripada Umno dan Kerajaan.

Selain itu, tindakan Timbalan Presiden UPKO Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran, bermula semalam. Namun, apakah beliau juga turut meletakan jawatannya daripada parti, akan diketahui pada 29 julai ini, apabila beliau hadir berjumpa Anwar di Beufort, Sabah.

Di perkirakan, pada 29 Julai Lajim dan Welfred akan menentukan parti mana yang mereka sertai.

Menurut perkiraan Lajim dan Welferd, keluarnya mereka daripada BN, akan mengubah lanskap politik Sabah, sepertimana biasa belaku di Sabah sebelum ini.

Namun kali ini, perkiraan mereka itu akan meleset, kerana rakyat sudah jemu dengan tindak tanduk pemimpin yang hanya berpaksi kepada keinginan peribadi, bukannya keinginan rakyat.

Para pemimpin Sabah yang diketuai oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Musa Aman dan Timbalan Pengerusi Umno Negeri- Datuk Salleh Tun Said, akan membuktikan bahawa anggapan mereka itu silap.

Berasaskan spekulasi, Lajim dan Welferd akan dituruti oleh mantan Ketua Menteri Sabah-Datuk Osu Sukan, Mantan Menteri Persekutuan-Tan Sri Kasitah Gadam- Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah-Datuk Amir Kahar Tun Mustapha dan Naib Presiden UPKO-Senator Maijol Mahap.

Lajim menyelam sambil minum air

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Harakahdaily, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu mengunjungi pejabat menteri besar Kelantan itu pagi tadi.

Pertemuan di Kota Bharu itu menarik perhatian memandangkan Lajim telah meletak jawatan sebagai ketua cawangan Umno.

Lajim pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Lidah parti PAS itu melaporkan Lajim bersama 25 orang lagi anggota rombongannya meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk bertemu Nik Abdul Aziz.

Lajim dalam pertemuan itu dilaporkan telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.
 
Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata, cadangan bagi kerjasama itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan.“Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,” katanya seperti dipetik laman tersebut.

Monday, July 23, 2012

Kerajaan mahu struktur semula subsidi bahan api

Kerajaan sedang meneliti untuk menstruktur semula pemberian pelbagai bentuk subsidi terutama berkaitan minyak dan gas, agar dapat memenuhi matlamat membantu golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini kerajaan belum memutuskan mekanisme terbaik mengenai perkara itu.

"Kita mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan daripada mana-mana pihak untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Perupuk, di Bachok hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno yang mahu kerajaan menstruktur semula pemberian subsidi kepada rakyat bagi membolehkannya disalur terus kepada golongan sasar.

Ketuanya Khairy Jamaludin dilapor berkata langkah itu perlu memandangkan kaedah sedia ada dilihat tidak begitu proaktif kerana lebih memberi faedah kepada golongan berpendapatan tinggi terutama subsidi petrol dan diesel.

Mengulas lanjut, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata banyak pihak bersuara mengenai perkara itu namun tidak mengemukakan cadangan mereka.

Katanya langkah kerajaan mengapungkan petrol RON97 dan mengekalkan subsidi bagi RON95 dengan harapan dapat membantu golongan berpendapatan rendah juga tidak banyak membantu.

Ini kerana katanya sebilangan besar golongan berpendapatan tinggi turut menggunakan RON95 untuk kereta mewah mereka yang memerlukan petrol pada kuantiti besar.

Akibatnya kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan besar kira-kira RM30 bilion setahun manakala RM20 bilion daripada itu bagi tujuan subsidi minyak dan gas, kata beliau.- Bernama

Sunday, July 22, 2012

Pas peralat ARTIS tarik golongan muda

Pas mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik acuan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan.

Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan mendapatkan sokongan golongan muda.

Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas yang dahulu tidak mengemari golongan artis, kini pas memerlukan artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.

Beliau berkata, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada Pas.

Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan Pas juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Pilu seorang warga mas- Isteri dikelar semasa bertarawih

ALOR SETAR: Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih ‘disambut’ dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.

Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.

“Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.

“Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.


Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.

Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya.

“Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.

“Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.

Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.

“Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Saturday, July 21, 2012

Michelle Jenneke Dancing Sexy as Hell at Junior World Championships in Barcelona 2012

Disebalik minatnya Parti Pas pada ARTIS

Namanya juga Artis, pasti ada peminat terutama golongan muda. Hanya setahun terakhir ini, Pas agak terbuka pada artis, kerana sebelumnya parti Nik Aziz itu enggan berhubung rapat dengan dunia artis,kerana parti itu menganggap, dunia artis ada adalah dunia maksiat.

Faktor apa yang mendorong Parti Pas membuka ruang seluas-luasnya kepada artis, terutama artis wanita yang cantik-cantik?

Sebabnya parti itu telah kehilangan sentuhan terhadap golongan muda. Contoh terbaik adalah Pas Kelantan, jika dahulu tidak menggemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS.

Katanya dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

"Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya ketika diminta mengulas usaha PAS Kelantan membawa artis ke negeri itu untuk berkempen.

Beliau bekata BN sejak dahulu mesra dengan golongan artis kerana mereka mempunyai kemampuan mengeratkan hubungan parti itu dengan anak muda.

Katanya golongan artis bukan hanya terhad kepada pelakon dan penyanyi tetapi melibatkan pengamal dikir barat, Mak Yong, pesilat serta ahli tomoi dan budayawan.

Friday, July 20, 2012

LRT Lanjutan Ampang: Belumpun ada sebarang keputusan, Masih Dalam Kajian: PRASARANA

Dakwaan dalam media yang mengatakan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, campur tangan dalam pemberian projek lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang tidak berasas dan tidak patut.

Sebaliknya, kerajaan masih dalam proses melaksanakan kajian usaha wajar projek bernilai berbilion ringgit itu, kata Pengurus Media Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana), Azhar Ghazali, dalam satu kenyataan, Khamis.

"Sebagai Pengerusi bagi pemberian tender melebihi RM300 juta, Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkewajipan menimbangkan semua cadangan dan memutuskan bersama dengan ahli jawatankuasa mengenai pemberian projek itu atau mendapatkan lebih banyak penjelasan jika perlu daripada tender berkenaan.

"Adalah tidak adil menyalah tafsir proses yang wajar dengan menggunakan istilah seperti "campur tangan" sedangkan jawatankuasa itu diberikan kuasa untuk membuat keputusan yang perlu," katanya.

Prasarana, pengendali dan pemilik aset projek lanjutan Laluan LRT itu menyuarakan kebimbangan tentang kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam media oleh pelbagai pihak yang mengatakan kerajaan mengganggu proses pemberian kontrak lanjutan LRT laluan Ampang itu.

Sambil menganggap dakwaan sedemikian sebagai tidak adil, Azhar berkata setakat ini tiada keputusan muktamad telah dibuat mengenai pemberian kontrak itu.

Satu pengumuman rasmi mengenai pemberian projek itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila semua perkara berhubung kontrak itu telah dipertimbang dan dikaji, katanya.

Prasarana, yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, berkata proses penilaian tender, cadangan dan pemberian projek merupakan prerogatif kementerian itu.

Dalam proses penilaian tender, kecekapan teknikal setiap penender dikaji, manakala pemerhatian direkodkan sekiranya ada kelemahan yang didapati dalam penyerahan tender.

Akhirnya, hasil daripada penilaian teknikal akan menunjukkan kedudukan lulus atau gagal setiap penender, dan seterusnya keupayaan melaksanakan projek itu, katanya.

Contohnya, seorang pembida mestilah mengemukakan harga rendah; tetapi tidak menepati syarat tender sepenuhnya atau dengan melayakkan diri atau menyeleweng daripada syarat-syarat kontrak yang ditetapkan, dan justeru itu bida demikian perlu ditapis dengan teliti kerana ia mungkin bukan yang terbaik bagi kepentingan Prasarana.

Prasarana berkata proses pemberian kontrak itu tidak semestinya selesai dalam satu sesi perbincangan kerana ada kalanya penjelasan perlu diperoleh untuk memastikan semua perspektif diberikan pertimbangan sewajarnya sebelum keputusan muktamad bagi pemberian kontrak itu dibuat.

Pada peringkat ini, katanya, kerajaan akan meneliti semua cadangan yang dibuat dan akan mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Azhar berkata perbincangan dan pembahasan ini mungkin mengambil beberapa pusingan dan barangkali itulah yang dispekulasikan oleh pasaran tentang "gambaran awal" sebelum keputusan muktamad dibuat tentang pemberian kontrak itu.

Maklumat kemas kini dan penjelasan-penjelasan itu bertujuan memastikan semua kebimbangan bersandarkan fakta yang diperlukan sebelum sebarang pemberian kontrak diputuskan.

"Kerajaan tidak berkewajipan untuk memberikan kontrak kepada bida terendah, sebaliknya ia melihat pada keseluruhan tawaran dan menimbangkan faedah optimum kepada projek itu dalam jangka panjang," tegasnya.

AMG Systems adalah sebahagian daripada projek lanjutan laluan AMG yang, di bawahnya, sistem baharu akan dipasang bagi landasan sambungan, manakala landasan sedia ada akan dinaikkan taraf untuk memastikan prestasi yang setanding, dan penyepaduan optimum bagi operasi tren yang lancar apabila siap pada 2015.

Skop di bawah AMG Systems adalah jenis pelbagai disiplin, tidak kurang daripada tujuh sub-sistem utama yang mesti diuji, dilaksanakan dan disepadukan (isyarat, kerja-kerja landasan dan landasan ketiga, bekalan kuasa, COMMS, SCADA, kelengkapan depoh, dsb).

Bagi skop yang begitu kompleks dan pelbagai, kata Azhar tiada satupun kontraktor yang boleh memenuhi keperluan projek itu sendirian.

Dengan demikian konsortium atau usaha sama dibentuk untuk melaksanakan kerja-kerja itu.

Kerjasama itu akan melibatkan kepakaran tempatan dan asing, setiap ahli konsortium atau usaha sama akan melengkapi kekuatan ahli lain dan bersama menawarkan cadangan bernilai seperti yang diperlukan di bawah tender itu.

"Bagi AMG Systems, tiada satu syarikat pun yang mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk menguruskan projek ini sendirian. Malah, semua bida yang dikemukakan terdiri daripada tiga atau lebih perkongsian bagi setiap penender," jelasnya.

Maklumat bocor yang didapati dalam media baru-baru ini tidak memberikan gambaran sepenuhnya dan tidak selengkap yang dijelaskan di sini, katanya.

Maklumat baharu hasil daripada penjelasan ini membatalkan kenyataan sebelum ini.

Azhar berkata: "Kenyataan itu tidak sepatutnya melabelkan kegiatan-kegiatan tertentu sebagai "campur tangan", sedangkan apa yang telah dan sedang dilakukan ialah proses kajian usaha wajar oleh kerajaan."

Semalam, syarikat kejuruteraan, George Kent (M) Bhd, menafikan menerima sebarang petanda tentang pemberian projek Ampang bernilai RM960 juta itu.

Konsortium George Kent yang membida bagi projek itu juga merangkumi China Railway Construction Corp dan Tewet GmbH, sebuah firma perundingan projek.

Selain konsortium George Kent, pembida lain bagi projek itu ialah konsortium Invensys-Balfour Beatty Rail-Ingress, kumpulan Posco-Sojitz-Daewoo International-Thales, Colas-CMC Engineering-Thales, Samsung-LG-Thales, SNC Lavalin-WW Engineering-Bombardier, Siemens-Scomi Engineering dan Ansaldo-Emrail-Leighton.

Prasarana ialah syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan untuk mempermudah, melaksana dan mempercepat projek prasarana awam yang diluluskan oleh kerajaan.

Prasarana dan kumpulan syarikatnya juga merupakan pemilik aset dan pengendali beberapa penyedia pengangkutan awam, iaitu Aliran Ampang dan Kelana Jaya, sistem KL Monorail, dan operasi bas di Lembah Klang dan Pulau Pinang. - BERNAMA

Thursday, July 19, 2012

JI, Bekas Komunis telah menyusup dalam Pakatan Rakyat: Polis

Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk: "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.

Mohd Sofian berkata tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara.

"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.

"Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya.

Beliau berkata perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"katanya.- Bernama

Saya ahli politik sebelum jadi doktor perubatan: Tun Mahathir

Adakah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli politik dulu atau seorang doktor perubatan?.

Berbeza dengan tanggapan umum bahawa beliau menyertai politik selepas menjalani amalan perubatan, Dr Mahathir berkata bahawa beliau adalah seorang ahli politik dan kemudian memperoleh ijazah perubatan untuk mendapatkan tauliah bagi mengejar kerjaya politiknya.

Dr Mahathir yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri keempat selama 22 tahun dari 1981 sehingga beliau sendiri yang meletak jawatan pada tahun 2003, menyebut perkara itu ketika ditemu bual semasa "A Power Dialog" di sini, malam semalam.

Beliau ditemu bual oleh Haji Abdul Halim Ismail yang juga Setiausaha Agung Asean, lebih dikenali sebagai Dr Surin Pitsuwan.

Dr Surin, seorang muslim berasal dari Nakorn Si Thammarat, Selatan Thailand, yang jarang menampilkan diri di tempat awam, memakai sut gelap dan berkopiah putih telah mengemukakan soalan itu semasa sesi dialog pada majlis makan malam gala meraikan ulang tahun ke-72 Pondok Bantan (sekolah agama Islam tempatan).

Dr Surin, bekas Menteri Luar Thailand yang menjadi pemimpin Asean sejak 2008 dan tempohnya akan tamat hujung tahun ini.

Berbangga mengisytiharkan dirinya "seorang pelajar pondok", Dr Surin, seorang pemegang Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sains Politik dan Pengajian Timur Tengah dari Universiti Harvard.

Ditanya, di mana Malaysia sekarang tanpa Wawasan 2020 yang beliau perkenalkan untuk menjadikan negara sebuah negara maju, Dr Mahathir berkata negara masih menuju kemajuan, tetapi mungkin tanpa sebarang fokus kerana visi akan menentukan hala tuju dan rancangannya.

Menyentuh mengenai pembentukan komuniti Asean menjelang 2015, Dr Mahathir berkata, kumpulan serantau mesti mengelakkan kesilapan yang dibuat oleh Kesatuan Eropah.

"Kesatuan Eropah (EU) menghadapi masalah hari ini, kerana ia tidak boleh bekerja untuk memberi manfaat kepada semua anggotanya ekoran hanya memberi tumpuan kepada anggota-anggota yang kaya. Asean perlu memastikan negara-negara miskin akan mendapat faedah daripada komuniti juga, katanya.

Asean katanya, perlu mengelakkan kesilapan memperkenalkan mata wang sama kerana tambah beliau, ia hanya memberi manfaat kepada negara-negara kaya serta menyebabkan kos sara hidup di negara-negara miskin meningkat secara mendadak.

Daripada aspek globalisasi. katanya Asean perlu juga melihat kepada kepentingan negara miskin kerana mereka tidak akan mendapat manfaat daripada pasaran bebas.

"Globalisasi asal dari negara-negara kaya dan kita tidak perlu mengambilnya 100 peratus. Kita mesti periksa diri kita. Kita tidak mahu yang kaya terus lebih kaya dan golongan miskin terus menjadi miskin,".

Menjawab soalan daripada hadirin, Dr Mahathir berkata Asean perlu meminta rakan anggotanya Myanmar untuk menghentikan apa yang disifatkan sebagai penindasan terhadap etnik minoritinya, Rohingya. - Bernama

Blog Archive