Saturday, December 01, 2012

Hanya Sabotaj menghalang kuasa 2/3 BN: Najib

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga di Parlimen jika ahli-ahli Umno tidak mengamalkan sabotaj dan menerima calon yang dipilih oleh parti bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden dan Perdana Menteri melahirkan keyakinan ini ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno, sebentar tadi.

Ia dilihat sebagai kenyataan terbuka kali pertama diperkatakan oleh Najib sepanjang hampir dua tahun lalu, ketika beliau menggerakkan program transformasi politik dan ekonomi negara.

Dalam ucapan penggulungan yang mengambil masa hampir sejam, Najib juga berkata, beliau sudah tidak bimbangn ancaman dan halangan dari luar parti apabila menghadapi PRU13.

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apabila diminta menceritakan apa yang dimaksudkn "sikit yang dikhuatiri" oleh Pengerusi Tetap Umno, Najib menjawab, "yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."

Najib yang mengetuai Umno sejak akhir Mac 2009 dengan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas prestasi buruk BN dalam PRU 2008. 

No comments:

Blog Archive