Monday, October 15, 2012

Selagi pemimpin Utama Sabah bersatu- Sabah tetap Fixed Deposit BN

PASUKAN BN SABAH yang diketuai Musa Aman, dibantu oleh Salleh Said, Safie Apdal, Pandikar Amin, Pairin Kitingan, Bernard Dompok, VK Liew, serta para pemimpin lain seperti Ghafur Salleh, Rahim Ismail, Hajiji, dan para pemimpin muda BN, tiada peluang pembangkang mendapat tempat di negeri di bayu itu.

Kukuhnya perpaduan antara para pemimpin BN Sabah, menguatkan lagi harapan BN terhadap negeri sebagai simpanan tetap BN.

Selain itu, pembelaan pemimpin pusat terhadap negeri ini, sungguh dihargai rakyat. Tahun depan sahaja, sebanyak RM2.98 bilion peruntukan daripada pusat akan dibelanjakan untuk projek-projek yang mensasarkan kepada pembasmian kemiskinan.

Najib sendiri berkata, di masa yang tidak terlalu lama, Sabah akan bertambah maju agar supaya seiring dengan kemajuan di Semenanjung.

Pembinaan lebuhraya pesisir pantai daripada Kudat ke Tuaran, akan berimpak besar kepada pelancongan, kerana lebuh raya itu akan merentasi perbukitan yang menghadap laut, sehingga boleh digelar sebagai "Gold Coast"nya Sabah atau negara.

Kestabilan politik Sabah, tidak memungkinkan negeri itu terganggu oleh kehadiran pembangkang. Kejayaan pembangkang menggait pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Ibrahim Menudin, Yahya Lampong, tidak akan berimpak, kerana para pemimpin itu tidak mempunyai rekod dalam memajukan rakyat.

Mungkin Lajim akan berimpak di Klias dan Beaufort, atas nama kesukuan, namun pada zahirnya, penduduk kawasan itu, akan memberi sokongan kepada BN, kerana penduduk kawasan itu memerlukan pembelaan daripada segi pembangunan.

Walaupun Lajim mewakili kawasan Klias sejak tahun 1985, namun pembangunan kawasan itu tidak semulus sepertimana yang diharapkan, bukan kerana kerajaan BN, namun kerana ketiadaan wawasan daripada wakil rakyatnya.

Kota Belud, sebelum ini hampir sama kategorinya dengan daerah Pitas, di mana penduduknya ramai yang berada dalam kategori miskin, namun atas wawasan para pemimpin daerah itu, maka Kota Belud kini semakin membangun. Program Jelapang Padi, Agropolitan merupakan penyumbang kepada kemajuan daerah ini menjelang tahun 2020. Demikian juga Pitas, melalui projek agropolitan dan di tambah dengan pembangunan lebuh raya Kudat nanti, kawasan ini akan terkeluar daripada daerah miskin.

Pemerataan pembangunan antara daerah adalah salah satu strategi Ketua Menteri Sabah, atas sebab itu, pembangunan untuk kawasan pesisir pantai Kota Kinablau telah dimansuhkan.
 
Yakinlah selagi para pemimpin BN Sabah bersatu, Sabah tetap menjadi Simpanan Tetap BN.

No comments:

Blog Archive