Thursday, September 13, 2012

Filem Innocence Of Muslims menyebabkan Duta AS di Libya Terbunuh

Sebuah filem ` Innocence of Muslims’ yang diterbit oleh seorang lelaki yahudi yang kini menjadi penduduk Amerika Syarikat, Sam Bacile, telah mencetuskan rusuhan di dunia Arab kerana ia bukan sahaja memburukkan Islam malah menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Ia menjadi kontroversi selepas filem itu dialih suara ke dalam bahasa Arab dan dimuat naik dalam Youtube.

Dia yang kini sedang bersembunyi turut menyifatkan Islam sebagai barah dan menerbitkan filem berkenaan sebagai provokasi politik untuk mengecam agama Islam.

Filem itu dihasilkan dengan kos sebanyak $5 juta dolar dan mendapat pembiayaan 100 peratus Yahudi.

Filem itu diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan trailernya telah dikeluarkan dalam Youtube.

Penghasilan filem itu mendapat sokongan daripada Terry Jones, iaitu seorang paderi yang pernah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila dia bertindak membakar kitab suci al-Quran.

Selain penduduk Gaza, penduduk di Mesir dan Libya turut mengadakan protes terhadap penghinaan ini sementara Afghanistan pula mengarahkan filem itu diharamkan.

Kemarahan mereka tidak dapat dibendung lagi sehinggakan kedutaan Amerika Syarikat diserang, hingga mengakibatkan Duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens, 52 , terbunuh.

Stevens maut selepas kedutaan itu diserang dengan bom tangan dan peluru daripada senapang patah.

Beliau gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaikinya dibedil dengan roket, manakala dua anggota Marin yang cuba menyelamatkannya telah ditembak mati.

Insiden di Libya itu berlaku selepas beribu-ribu penduduk di Mesir mengadakan tunjuk perasaan dengan berkumpul di depan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah filem berkenaan yang diterbitkan di negara berkenaan.

Bendera negara tersebut turut dikoyak dan dibakar.

No comments:

Blog Archive