Friday, August 31, 2012

Semangat Nak Bubar Parlimen dah ada: Najib

"Semangat nak bubar Parlimen...tengoklah dulu" demikian kata PM semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling pada Khamis.

Semasa perasmian itu Perdana Menteri juga mengingatkan semua lapisan penyokong UBN termasuk pemimpinnya bahawa PRU-13 adalah penentu survival UBN.

Jangan kerena tindakan sendiri sepertimana berlaku pada PRU-12, maka BN kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan wilayah Persekutuan.

Kalau semua lapisan penyokong UBN bersatu hati, mustahil UBN boleh kalah.. demikian intisari ucapan Perdana Menteri.

Pada 2 September, Najib dijadual merasmikan Zon 5 Bahagian Umno di Sabah bertempat di Dewan Sri Libaran, Sandakan.

Perdana Menteri dijangka tiba pada petang Sabtu dan bermalam di Sandakan.

Perdana Menteri yang diiringi Datin Rosmah Mansor menjadi tetamu kepada Majlis Terbuka Hari Raya Tan Sri Pandikar di Kampung Rampayan Laut pada sebelah petang Ahad.

No comments:

Blog Archive