Wednesday, August 08, 2012

Kes Bunuh Eksekutif TV9 Syaleza belum terungkai

KES bunuh Eksekutif TV9 Syaleza Jaffar masih dalam siastan polis. Kertas siasatan berhubung kes bunuh itu sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam tempoh terdekat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini dalam proses untuk melengkapkan siasatan bersama maklumat terperinci berhubung kes.

"Sebelum ini kita sudah ambil keterangan 14 orang dan terbaru kita rekodkan sebanyak sembilan percakapan membabitkan saudara mara, pihak hospital, kawan-kawan mangsa dan suspek.

"Setelah semua keterangan dan bukti diperoleh diteliti, kita yakin dapat siapkan kertas siasatan sebelum Jumaat ini untuk dimajukan kepada DPP," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Ahad lalu, reman suami Syaleza disambung selama lima hari sehingga Jumaat ini, selepas reman terdahulu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tamat kelmarin.

Syaleza meninggal pada 28 Julai dan suami Syaleza ditahan di Segamat, Johor Bahru sejurus selepas majlis pengebumiannya, untuk membantu siasatan.

Polis juga merekodkan 14 keterangan daripada jiran mangsa, kakitangan stesen TV9, pemandu teksi, doktor dan pengasuh anak mangsa bagi membantu siasatan.

No comments:

Blog Archive