Tuesday, July 10, 2012

PRU-13: Anwar anak beranak nak cipta rekod

Pada PRU-13 Anwar-Wan Azizah-Nurul Izzah dan mungkin Nurul Noah akan bertanding. Tujuan Anwar adalah untuk mencipta rekod. Rekod bagaimana membodohkan rakyat.

Isterinya Wan Azizah yang dilarang bertanding untuk kerusi Parlimen selama 5 tahun, mengsahkan akan bertanding di salah satu DUN pada PRU-13 akan datang.

Anwar dan Nurul Izzah kini masing-masing sebagai MP Permatang Pauh dan Lembah Pantai. Anwar seperti pemimpin Pakatan daripada DAP masing-masing bapa dan anak merupakan wakil rakyat. Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, isteri Lim Guan Eng, Betty Chew, Karpal Singh dan Gobin Singh Deo adalah wakil rakyat.

Rupanya trend agar supaya bapa dan anak merupakan wakil rakyat pada masa yang besamaan, akan cuba dicipta oleh Anwar sekeluarga.

Bagi Anwar, tiada lagi kemampuan orang lain dalam politik, melainkan keluarganya... Rakyat patut menilai fenomena ini. Apa kah rakyat mahu melihat Anwar mencipta empayer dengan mempergunakan rakyat?

No comments:

Blog Archive