Sunday, July 22, 2012

Pas peralat ARTIS tarik golongan muda

Pas mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik acuan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan.

Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan mendapatkan sokongan golongan muda.

Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas yang dahulu tidak mengemari golongan artis, kini pas memerlukan artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.

Beliau berkata, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada Pas.

Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan Pas juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

No comments:

Blog Archive