Tuesday, July 17, 2012

Mantan CEO Sime Darby dituduh pecah amanah

Mantan CEO Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Mursyid hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan pecah amanah yang didakwa menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian lebih RM100 juta.

Ahmad Zubir didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana gagal menghalang dua syarikat daripada memperoleh sebidang tanah yang diperuntukkan untuk kegunaan Sime Darby di Sarawak.

Hakim Jagjit Singh menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tuduhan.

Pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebut bahawa Sime Darby pada November 2008 telah memperoleh kebenaran untuk menggunakan tanah tersebut untuk projek Sarawak Upstream Expansion Plan.

Dalam kedua-dua kes berkenaan, Zubir didakwa mengetahui bahawa tanah berkenaan dianugerahkan kepada Vertical Drive Sdn Bd dan Natural Ambience Sdn Bhd dan gagal bertindak atau mengambil tindakan undang-undang untuk menghalang perkara itu.

Sime Darby kemudianya terpaksa membayar RM85 juta dan RM16 juta untuk mengambil alih syarikat Vertical Drive dan Natural Ambiece bagi mendapatkan kawalan ke atas tanah tersebut.

Kes berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 2 Oktober.

Zubir diwakil K Kumarendran manakala pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya SPRM Anthony Kevin Morias.

Sime Darby juga telah memulakan prosiding saman ke atas Zubir berhubung kes berkenaan dan bekas CEO itu kemudiannya mengemukakan saman balas.

No comments:

Blog Archive