Thursday, July 19, 2012

Krisis Air Selangor: Menguntungkan siapa?

Kerajaan Pakatan Selangor menganggap, bahawa isu air boleh membantu mereka dalam merai sokongan rakyat. Mereka beranggapan, rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan rakyat sekitarnya akan marah kepada Kerajaan Persekutuan kerana mempergunakan SYABAS.

Di lain pihak pula, kerajaan Persekutuan beranggapan bahawa krisis air di Selangor akibat bangkangan kerajaan pakatan Selangor memberi kebenaran pembinaan loji penamis Langat2, yang mengakibatkan daya tampung air tidak mencukupi, maka rakyat akan marah, dan seterusnya memberi kelebihan kepada barisan nasional.

Yang jelas, isu air Selangor dan telah menjadi krisis, kini menjadi isu politik antara pakatan dan barisan, dan yang menjadi mangsa adalah pengguna- pengguna kedua-dua pihak.

Bagi AYT, siapa paling ramai penyokong maka ramai juga pengguna air.. ertinya tiada sesiapa yang mendapat kelebihan politik, cuma perkara yang sepatutnya tidak berlaku, kerana politik, maka berlaku. Benarlah, dalam politik, tiada yang mustahil, semua boleh.. meskipun berkaitan dengan kepentingan awam.

No comments:

Blog Archive